web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Test Of A King' Kisah Kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah Kemudi Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 8:32PM

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melancarkan e-buku Test of A King di Istana Negara hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan melancarkan e-buku bertajuk Test of A King di Istana Negara di sini.

Acara ringkas yang berlangsung di Singgahsana Kecil itu menyaksikan Seri Paduka berkenan mengimbas Kod QR bagi membolehkan buku 66 muka surat tersebut dibaca melalui gajet telefon.

Buku Itu berkisar tentang kebijaksanaan dan dedikasi baginda dalam mengharungi serta mengemudi negara melalui pelbagai cabaran selain ketidaktentuan politik.

Buku nukilan Penasihat Undang-Undang Yang di-Pertuan Agong Datuk Abdul Rahman Putra Taha dan Penolong Pegawai Undang-Undang Istana Negara Zulharry Abdul Rashid itu turut mempamerkan koleksi penulisan tiga pakar perundangan negara.

Antaranya bab satu bertajuk The Constitutional Position of His Majesty The Yang di-Pertuan Agong oleh pakar perlembagaan Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Bab dua yang bertajuk The King Who Calmed The Storm Through The Rule of Law pula dihasilkan oleh bekas Presiden Badan Peguam Malaysia (2011-2013) Datuk Lim Chee Wee.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Md Raus Sharif pula menghasilkan bab tiga bertajuk Appointment of PM8 to PMX.

Abdul Rahman berkata pihaknya mengambil masa kira-kira lapan bulan untuk menyiapkan e-buku itu dan bercadang menerbitkan buku bercetak selepas ini.

E-buku itu boleh diakses secara percuma di pautan https://drive.google.com/file/d/1mbAfAd|XzRylqciJ1qiHeLSyaLxmRPpi/view?usp=drivesdk. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad