web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jualan Termurah MADANI: 20 Tan Beras Harga Rahmah Jadi Rebutan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 4:10PM

Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barangan pada harga murah di Jualan Termurah MADANI di Padang Awam Taman Klebang Restu, Ipoh, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Dua puluh tan beras putih import habis dijual dalam masa tidak sampai dua jam sempena program Jualan Termurah MADANI di Padang Awam Taman Klebang Restu dekat sini, hari ini.

Tinjauan Bernama di lokasi jualan mendapati beras import jenama terpilih 10 kilogram dijual harga RM30 berbanding harga asal lebih RM40 untuk sekampit.

Harga produk laut seperti sotong, udang dan ikan dijual di bawah harga pasaran dan pengunjung boleh memilih saiz yang bersesuaian untuk keperluan mereka.

Bagi peniaga makanan, Mohd Zaki Che Hahsim, 43, berkata beliau beratur seawal 8.30 pagi tadi bagi mendapatkan bekalan beras pada harga rahmah.

"Penjimatan lebih RM10 memang berbaloi kerana dapat jimatkan perbelanjaan perniagaan saya sebagai peniaga kecil dan apabila ada jualan murah seperti ini kita ambil peluang tidak kira jenama apa, janji berkualiti serta murah.

"Berniaga nasi berlauk ini memang banyak dugaan ketika ini, jika nak naikkan harga, kita bimbang pelanggan merungut kerana rata-rata yang membeli pun bukan orang senang jadi kita mudahkan pelanggan," katanya ketika ditemui hari ini.

Suri rumah, Nurut Fatihah Johari, 38, yang mendapat tahu mengenai program jualan murah itu di media sosial tidak melepaskan peluang membeli barangan keperluan untuk keluarganya.

“Biasanya beras seberat 10 kilogram yang dibeli akan habis dalam tempoh tiga minggu sebab kami lima beranak, jadi hari ini saya beli ikut kemampuan saya.

“Saya hanya membeli satu kampit sahaja dan tak perlu rasanya buat pembelian panik, lagi pun beras jika lama disimpan pun tidak elok," katanya.

Sementara itu, V. Krishnamuthu, 52, berkata jualan murah itu dapat membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat dan beliau berharap inisiatif itu diadakan lebih kerap lagi.

“Memang ini peluang yang saya tunggu untuk dapatkan bekalan beras, dapat peluang sebulan dua kali pun sudah memadai kerana bukannya kita beli beras setiap minggu serta boleh berjimat RM20 hingga RM30 pun kita bersyukur.

"Beras makanan ruji rakyat negara ini, bila ada peluang jualan murah sudah pasti melegakan kami golongan yang berpendapatan rendah, puas hati dapat beli barangan keperluan hari ini termasuk barangan basah," katanya.

Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan tinjauan sempena program berkenaan.

Beliau menghabiskan masa kira-kira sejam menyantuni peniaga dan pengguna yang mengunjungi jualan tersebut.

Turut ditawarkan menu Buffet MADANI RM5 yang menjadi rebutan pengunjung. - BERNAMA.

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad