web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Sebak, Zahir Penghargaan Dan Terima Kasih Kepada Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2024 12:50PM

Yang di-Pertuan Agong tidak dapat menahan air mata ketika bertitah pada Majlis Jamuan Negara - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebak sehingga menitiskan air mata ketika bertitah pada Majlis Jamuan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan baginda, malam tadi.

Dalam titah tersebut, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudi menerima kehadiran Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

"Lumrah dunia, setiap yang bermula pastiakan berakhir dan setiap pertemuan pastiakan ada perpisahan. Justeru, sudah sampai masanya untuk saya dan Raja Permaisuri Agong mengundur diri.

"Saya akan berangkat pulang ke Pahang dengan satu perasaan yang sedih dan gembira dan bersyukur kerana amanah ini telah saya laksanakan dengan sepenuh kudrat keupayaan dan keikhlasan hati saya.

"Persoalan sama ada saya berjaya ataupun tidak bukanlah saya untuk membuat penilaian diri sendiri. Biarlah helaian sejarah yang menjadi bukti," titah Seri Paduka pada majlis itu.

Al-Sultan Abdullah turut bertitah supaya seluruh rakyat Malaysia menjaga perpaduan dan semangat hidup bermasyarakat di negara ini sepenuh hati.

"Saya akan merasa amat bersedih seandainya perpaduan yang telah dibentuk ini runtuh kembali akibat kelemahan dan kealpaan kita.

"Dengan penuh rasa keinsafan dan tawaduk saya merafakkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas segala nikmat,keafiatan dan kemuliaan yang telah Allah SWT kurniakan kepada hamba-Mu ini," titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan harapan supaya seluruh rakyat Malaysia terus memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri yang baharu.

Dalam pada itu, momen ucapan Yang di-Pertuan Agong menyentuh perasaan Tunku Azizah turut dirakamkan apabila Al-Sultan Abdullah menzahirkan penghargaan yang teristimewa buat Raja Permaisuri.

Titah Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah sentiasa bersama Seri Paduka ketika berkunjung ke setiap pelosok negara dan tidak pernah lekang daripada menyantuni rakyat jelata.

"Buat Adinda Raja Permaisuri Agong, kekanda amat bertuah kerana telah berjaya menawan hati adinda 38 tahun yang lalu dan kekanda turut bersyukur serta berbangga kerana adinda telah turut berjaya menambat hati rakyat Malaysia sepanjang lima tahun yang lalu.

"Bagaikan Khadijah yang memberi sepenuh hidup baginda untuk menyokong perjuangan Rasulullah, begitulah juga adinda yang tidak lekang memberi perangsang dan semangat kepada kekanda untuk terus memikul amanah yang berat ini," titah Seri Paduka.

Majlis Jamuan Negara itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar