web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong Masih Terkenang-Kenang Kembara Kenali Borneo

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2024 12:20PM

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bergambar bersama rakyat jelata ketika Kembara Kenali Borneo. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sudah lebih empat bulan Kembara Kenali Borneo melabuhkan tirainya, namun lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dua lagu yang terkenal dalam kalangan rakyat Sarawak dan Sabah itu sering dimainkan dalam kembara di dua negeri berkenaan pada September tahun lalu.

"Sampai hari ini Tuanku masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo, Tuanku akan tengok video yang dirakamkan, malah sehingga kini lagu yang didengar Seri Paduka ialah lagu-lagu kembara," kata Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Datuk Nazim Mohd Alim dalam temu bual dengan BERNAMA baru-baru ini.

Lagu Iban bertajuk Bekikis Bulu Betis yang dicipta dan dinyanyikan Andrewson Ngalai dan Hanya di Sabah oleh penyanyi Dabra Sia, adalah antara 'lagu wajib' yang sering dimainkan sepanjang majlis keramaian di Bumi Kenyalang dan Negeri di Bawah Bayu itu.

Seri Paduka, yang ditemani Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta paduka anakanda berkenan mengetuai konvoi dengan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda mengharungi perjalanan sejauh 2,332 kilometer.

Merentasi Lebuhraya Pan Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei, program kembara berkenaan diadakan buat julung kali bagi memberi peluang kepada rakyat Sabah dan Sarawak mendekati Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah serta anakanda baginda.

Menerusi Kembara Kenali Borneo, Nazim berkata, sifat Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong yang baik hati dan merendah diri amat terserlah apabila tanpa segan dan kekok, baginda berdua beramah mesra dengan rakyat jelata serta makan dan berhibur bersama- sama.

Sebagai tanda kasih dan rindunya kepada rakyat Sabah, beliau berkata, Al-Sultan Abdullah menitahkan sendiri Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah membuat persembahan pada Majlis Santapan Malam Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 pada Oktober tahun lalu.

Sehingga kini, Seri Paduka juga menurut Nazim, masih menyimpan rasa teruja dengan sambutan hangat yang diberikan oleh rakyat Sabah dan Sarawak, walaupun pada awalnya tujuan utama baginda berdua hanyalah untuk bercuti di kedua-dua negeri itu.

"Kita jangka orang akan tunggu Seri Paduka, tapi tidak sangka seramai itu, sambutan begitu luar biasa, terlalu ramai yang datang sehingga ada yang duduk di atas jalan (sambil menunggu)," katanya.

Nazim turut menunjukkan fail mengandungi ratusan surat yang diterima Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah sepanjang program kembara berkenaan yang bermula dari 3 hingga 13 September 2023, dan menurut beliau, kesemuanya telah dibaca satu per satu oleh Seri Paduka.

Surat-surat berkenaan tercatat pelbagai permintaan, antaranya melibatkan pembinaan infrastruktur seperti jalan raya, kemudahan bekalan elektrik dan air serta liputan Internet.

Ada juga surat yang menyatakan luahan isi hati meminta Raja Permaisuri Agong mendoakan agar penulis surat berkenaan dikurniakan zuriat.

"Balik daripada kembara itu kita bermesyuarat, kumpul dan kita asingkan surat berkenaan mengikut kategori, kemudian dibawa kepada Perdana Menteri, perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat kerajaan, diambil tindakan dan kita dapat maklum balas dengan segera.

"Kesemua (surat) telah diambil tindakan, 100 peratus," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad