web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Komuniti Siaga 221 APM Didik Penduduk Bandar Hadapi Bencana

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Jan 2024 4:46PM

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed bersama ADUN Rawang, Chua Wei Kiat menyampaikan sijil kepada Pengerusi Persatuan Taman Bayu Permai Muhamad Juki Mat Johar pada Majlis Penutup Latihan Pengurusan Awal Bencana dan Keselamatan Komuniti Siaga 221 di Taman Bayu Permai, Rawang hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAWANG - Program Komuniti Siaga 221 yang diperkenalkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan latihan kecemasan kepada penduduk di kawasan bandar yang berisiko menghadapi bencana dan terdedah kepada ancaman keselamatan setempat.

Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Aminurrahim Mohamed berkata program berkenaan sebagai persediaan awal kepada masyarakat di kawasan bandar sebelum mereka menerima bantuan daripada agensi keselamatan berhampiran.

Beliau berkata kawasan Rawang menjadi lokasi percubaan selama dua minggu bagi melihat keberkesanan program itu, selain mengenal pasti latihan kecemasan yang bersesuaian diberikan kepada penduduk di kawasan bandar.

"Kita jadikan Rawang sebagai lokasi uji cuba kerana banyak kes kecemasan seperti kemalangan berlaku di kawasan ini dan sering mengalami kesesakan lalu lintas.

"Walaupun di bandar dan berhampiran dengan agensi keselamatan, kita faham beberapa kes kecemasan tidak boleh ditangguhkan seperti kes serangan jantung. Jadi kita mengajar penduduk seperti teknik bantuan asas hayat resusitasi kardio pulmonari (CPR) dan cara mengendalikan ular.

"Kita harap melalui latihan ini bukan sahaja dapat membantu individu itu sendiri, tetapi juga keluarga mereka apabila berdepan dengan situasi kecemasan,' katanya pada sidang media selepas Majlis Penutup Latihan Pengurusan Awal Bencana dan Keselamatan Komuniti Siaga 221 di Taman Bayu Permai di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Rawang Chua Wei Kiat.

Aminurrahim berkata konsep program Komuniti Siaga 221 akan dikemukakan kepada Timbalan Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam masa terdekat supaya dapat dilaksanakan di seluruh negara.

Kita sudah bentangkan perancangan program ini kepada Timbalan Perdana Menteri dan kali ini kita akan berikan (laporan) keberkesanan program ini untuk diperluas ke seluruh negara," katanya.

Beliau berkata program itu merupakan kesinambungan daripada program Kampung Siaga 221 yang dilancarkan pada akhir 2022.

Program Kampung Siaga 221 yang melibatkan 29 kampung di seluruh negara dengan penglibatan 10,771 orang bertujuan meningkatkan kesiapsiagaan serta persediaan awal penduduk di kawasan pedalaman bagi menghadapi sebarang bencana. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad