web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Palam Pintu Pesawat Tercabut, CAAM Tawar Bantuan Kepada FAA Amerika Syarikat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2024 9:04AM

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PELABUHAN KLANG - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bersedia menawarkan bantuan kepada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) berhubung insiden palam pintu pesawat Alaska Airlines yang tercabut dan tertera tulisan tangan 'Made In Malaysia'.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata CAAM telah menghubungi FAA Asia-Pasifik di Singapura selepas pengesahan palam pintu tersebut dibuat di Malaysia oleh Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) AS, semalam.

“Kami (CAAM) telah secara proakitf menghubungi pejabat FAA untuk menawarkan bantuan susulan laporan bahawa palam pintu itu disahkan dibuat di Malaysia. Setakat ini, mereka (FAA) berkata mereka akan hubungi kita jika memerlukan bantuan.

"Walaupun palam pintu itu dibuat di Malaysia, ia adalah komponen yang berada di bawah kelulusan FAA...dari segi kelulusan produk ia di bawah FAA," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelabuhan pelayaran antarabangsa pertama negara, Costa Serena di Terminal Kapal Persiaran Pelabuhan Klang (PKTC) di sini semalam.

'Semalam, media melaporkan NSTB AS mengesahkan palam pintu Boeing BA 737 MAX 9 yang tercabut ketika penerbangan pesawat Alaska Airlines awal bulan ini dikilangkan di Malaysia.

Sementara itu, mengenai program hari ini, Loke berkata kerjasama antara syarikat pelayaran mewah, Costa Cruises dan pengendali pelancongan pelayaran terkemuka Hwajing Travel Tours (Hwajing) telah menyediakan potensi manfaat ekonomi jangka panjang kepada negara.

"Apabila pelabuhan pelayaran antarabangsa pertama negara ini berjaya direalisasikan di Pelabuhan Klang, ia akan menjangkau rangsangan kepada sektor pelancongan dan ekonomi Malaysia," katanya.

Beliau berkata kapal persiaran tersebut turut mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi beberapa restoran di dalam kapal tersebut.

"Mereka tawarkan lebih kepada mesra Muslim iaitu apabila ada pelancong Muslim, mereka ada pilihan restoran halal. Kebanyakkan kapal persiaran antarabangsa mereka tidak ada restoran halal, ia menyukarkan pelancong beragama Islam.

"Jadi apa yang mereka buat untuk restoran ini adalah ada beberapa restoran terpilih yang mendapat pensijilan halal supaya mereka boleh tawarkan makanan halal kepada pengunjung," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad