web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jan 2024 8:01PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (dua dari kanan) ketika merasmikan pembukaan sayap baharu Orchid Wing di OasisEye Specialists di Bangsar, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil bagaimanapun berkata, cadangan mewujudkan RUU itu ada dibangkitkan di peringkat Jemaah Menteri.

Beliau berkata, sebelum ini, ada beberapa pandangan secara terbuka atau dalam perbincangan yang lebih khusus mengenai keperluan dan kesesuaian konsep Akta Parlimen Berpenggal Tetap seperti di beberapa negara lain.

"Di beberapa negara lain, kebiasaannya undang-undang antilompat parti disekalikan (dengan Akta Parlimen Berpenggal Tetap) atau ada juga undang-undang yang menetapkan tempoh bagi sesebuah Parlimen.

"Contohnya di United Kingdom ada Akta Parlimen Berpenggal Tetap dan di Amerika Syarikat pula, tempoh bagi seseorang Presiden itu berkhidmat adalah empat tahun kecuali beliau berundur atau meletakkan jawatan lebih awal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan sayap baharu Orchid Wing di OasisEye Specialists di sini, hari ini.

Fahmi, yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, cadangan RUU itu dilihat sebagai antara usaha bagi menjamin kestabilan sesebuah negara, sekali gus memastikan peristiwa seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali pada penggal ke-14 Parlimen tidak berulang.

Beliau juga berkata, pelantikan Naib Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sangetha Jayakumar sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (PLK) bukanlah satu masalah kerana parti itu hanya mengkritik pelantikan politik ke syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Fahmi yang juga Ketua Penerangan parti berkata, terdapat perbezaan antara GLC dan badan berkanun kerana badan berkanun adalah tertakluk kepada akta dan undang-undangnya sendiri.

"Jadi, pelantikan beliau bukan satu masalah kerana LPK bukan GLC," katanya sambil menambah beliau akan membawa perkara itu ke Kabinet susulan gesaan orang ramai yang inginkan penjelasan mengenai pelantikan sedemikian.

Khamis lalu, Sangetha mengesahkan pelantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah LPK menerusi hantaran di laman Facebook.

Pelantikan beliau kemudian dikritik di media sosial selepas pengguna merujuk ciapannya pada Oktober 2020 mengenai tindakan kerajaan Perikatan Nasional ketika itu yang memberikan jawatan dalam GLC kepada penyokong gabungan politik itu.

Sementara itu, menyentuh majlis hari ini, Fahmi berkata, beliau akan membantu menampung kos rawatan atau pembedahan mata golongan B40 yang memerlukan di kawasan tersebut.

"Komitmen saya sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, sekiranya ada mana-mana keluarga yang memerlukan rawatan atau pembedahan berkait dengan kesihatan mata, maklumkan kepada saya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad