web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Gesa Jerman Gunakan Pengaruh Desak Gencatan Senjata Di Palestin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jan 2024 8:25AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock, di Putrajaya, semalam. gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jerman untuk menggunakan pengaruhnya bagi mendesak gencatan senjata di Palestin, selain akses kepada bantuan kemanusiaan.

Anwar berkata, gesaan itu dibuat dalam pertemuannya dengan Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

"Hari ini (semalam) saya menerima kunjungan hormat Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock dan delegasi yang kini sedang dalam lawatan ke Asia Tenggara yang terdiri daripada Filipina dan Singapura selain Malaysia.

"Bahagian utama perbincangan adalah mengenai Palestin di mana saya menegaskan pendirian Malaysia agar Barat menghentikan kepura-puraan mereka terhadap pendudukan Israel selama beberapa dekad, selain mesti berusaha ke arah mengelak pembantaian terhadap orang awam, termasuk anak kecil.

"Justeru, pada kesempatan ini juga saya mengasak Jerman untuk menggunakan pengaruhnya bagi mendesak gencatan senjata dan membenarkan akses kemanusiaan," katanya dalam kenyataan di akaun Facebooknya semalam.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu, mereka juga bersetuju mengenai wujudnya keperluan untuk menegakkan hak wanita dan penekanan terhadap pendidikan kepada kanak-kanak perempuan.

Pada masa sama, Anwar berkata, mereka turut membincangkan mengenai kebimbangan terhadap isu Myanmar yang masih berlarutan.

"Beberapa perkara telah dibincangkan hatta mendapat persetujuan bersama dalam pengukuhan berkaitan aspek ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi, TVET selain meningkatkan persefahaman antara budaya," katanya. - Getaran, 13 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 15 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar