web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PTP Capai Kejayaan Luar Biasa Di Persada Antarabangsa - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jan 2024 8:03AM

gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pencapaian Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dalam tempoh lebih 20 tahun sebagai kejayaan luar biasa di persada antarabangsa sehingga menjadi antara tiga pelabuhan utama di Asia Tenggara dan menduduki tempat ke-15 dalam senarai pelabuhan utama dunia.

Beliau berkata, kawasan pelabuhan yang terletak di Gelang Patah itu yang dahulunya sebuah perkampungan nelayan, kini menjadi hab pemindahan kontena paling sibuk di Malaysia.

"Pelaburan sebanyak RM8.7 bilion telah dibelanjakan untuk pembangunan terminal PTP yang turut menarik pelaburan langsung asing dan pelaburan langsung tempatan berjumlah RM4.4 bilion dengan menjana lebih 20,000 peluang pekerjaan.

"Saya percaya kejayaan membanggakan ini lahir daripada perancangan yang baik serta pengurusan yang mantap dan cekap. Lebih daripada itu, PTP tidak mungkin mencapai ke tingkat yang kita saksikan hari ni tanpa komitmen, disiplin dan semangat yang ditunjukkan seluruh tenaga penggerak di PTP," katanya dalam hantaran di laman rasmi Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata pelaburan dalam PTP telah menghasilkan limpahan rantaian ekonomi seperti peluang pekerjaan dengan pendapatan tinggi yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada rakyat Johor, bahkan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya, katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu yang turut meluangkan masa sekitar 30 minit untuk beramah mesra bersama kakitangan PTP serta MMC Group, di samping mendengar pembentangan secara ringkas mengenai cadangan pembangunan jangka masa panjang terminal itu.

"Saya bersedia beri pertimbangan sewajarnya.

"Saya nyatakan komitmen untuk menyokong dan mempermudah sebarang usaha sama, sama ada daripada syarikat berkaitan kerajaan atau swasta, khususnya bagi industri atau kegiatan strategik yang penting bagi negara supaya kegiatan ini berkembang maju, sekali gus dapat mengangkat kedudukan dan martabat negara," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad