web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkah Dubai: Polis Akan Panggil Papagomo, Che'Gu Bard dan Salim Iskandar – KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2024 9:03PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil tiga pempengaruh media sosial untuk memberi keterangan berhubung gerakan "Langkah Dubai" yang dikatakan bertujuan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata tiga individu berkenaan adalah Badrul Hisham Shaharin atau dikenali di media sosial sebagai Che'Gu Bard, Wan Muhammad Azri (papagomo) dan Salim Iskandar.

Bercakap dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini, beliau berkata kesemua mereka akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Menurutnya mereka didapati menggunakan media sosial sebagai platform untuk berbicara mengenai isu berkenaan.

“Selain mereka, beberapa pemimpin parti politik juga akan dipanggil untuk beri keterangan," katanya.

Razarudin berkata polis sehingga kini menerima 43 laporan polis daripada wakil pelbagai parti politik berhubung gerakan Langkah Dubai, di seluruh negara.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan.

Berikutan itu, katanya polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Selain itu, ia boleh disimpulkan sebagai aktiviti yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan menimbulkan keresahan.

"Saya boleh beri jaminan bahawa situasi negara ketika ini stabil dan polis telah pun membuat persediaan sekiranya ia (Langkah Dubai) menjejaskan ketenteraman awam negara," katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia sangat prihatin akan keamanan dan polis akan memastikan keselamatan mereka semua terpelihara.

Selain itu, Razarudin berkata polis turut mengesan video blogger Raja Petra Kamaruddin yang bercakap berkaitan perkara itu (Langkah Dubai) lebih daripada 10 hari.

"Polis sedang menyiasat video tular yang menyaksikan tiga atau empat individu bercakap tentang gerakan menukar kerajaan. Salah seorang daripadanya ialah Raja Petra Kamarudin,"katanya.

Pada 30 Dis lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa "Langkah Dubai" timbul sewaktu percutian beberapa pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh daripada pihak kerajaan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad