web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Kartel: KPKM Sedia Audit 39,000 Pemegang Lesen Borong Beras

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 8:41PM

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ketika melawat Pusat Pembiakan dan Penternakan Lembu Wagyu di Ladang Kelfarm Sdn Bhd. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersedia menjalankan audit terhadap pemegang lesen borong beras, eksport, import, kilang padi, membeli padi, beras runcit dan kelulusan khas menjual benih padi bagi benih padi sah (BPS) bagi membanteras isu kartel.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pada masa ini, terdapat seramai 39,000 daripada mereka yang terlibat dalam industri makanan tersebut.

"Saya sendiri turun secara mengejut tanpa memaklumkan kepada mana-mana pihak berhubung kedudukan beras dan segala bentuk pemakanan di negara ini.

"Alhamdulillah, sekarang ini masalah ini beransur pulih kerana kami bertindak bersama semua pihak dan kalau ada yang melanggar undang-undang, kami yakin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan bertindak seperti yang kami buat pada masa sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pembiakan dan Penternakan Lembu Wagyu di Ladang Kelfarm Sdn Bhd yang dihadiri Pengarah Eksekutif Syarikat Kelfarm Sdn Bhd Paizol Akman Awang di Kampung Seneng Jelawat, di sini, hari ini.

Mohamad berkata melalui agensinya iaitu Kawal Sedia Padi dan Beras Negara (KSPBN) pihaknya menjalankan siasatan dan bertindak berdasarkan fakta bersama KPDN.

"Kami bertindak apabila ada fakta dan kami tidak mahu hebahkan satu-satu perkara, dalam masa yang sama, kami lakukan siasatan bersama KPDN kerana mereka ini yang bertindak menjaga hal- hal berkaitan kartel.

"Sekarang terdapat kes yang berada di peringkat pendakwaan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad