web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di Johor, Pahang Meningkat Sedikit Petang Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 8:14PM

Keadaan banjir di Johor. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang meningkat sedikit dengan 8,904 mangsa berlindung di 80 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang hari ini berbanding 8,578 mangsa di 78 PPS, pagi tadi.

Menurut laporan terkini situasi banjir di seluruh negara dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Johor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 7,511 orang daripada 2,108 keluarga yang ditempatkan di 54 PPS di enam daerah berbanding 7,413 orang di 52 PPS pagi tadi.

Menurut laporan itu, 4,397 mangsa 1,185 keluarga berlindung di 26 PPS di Kota Tinggi, diikuti Kluang dengan 1,680 mangsa (516 keluarga) di 14 PPS, Johor Bahru (1,271 mangsa daripada 363 keluarga, 10 PPS) dua PPS di Segamat (60 mangsa daripada 17 keluarga) serta masing-masing satu PPS di Kulai (86 mangsa daripada 23 keluarga) dan Pontian (17 mangsa daripada empat keluarga).

Di Pahang, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 1,393 mangsa daripada 383 keluarga berlindung di 26 PPS dalam tiga daerah berbanding 1,165 mangsa di 26 PPS tengah hari tadi.

Seramai 622 mangsa daripada 194 keluarga ditempatkan di 10 PPS di Rompin, diikuti Maran dengan 478 mangsa daripada 111 keluarga lapan PPS manakala di Pekan membabitkan 293 mangsa daripada 78 keluarga di lapan PPS.

Selain itu, satu PPS dibuka di Kuching, Sarawak disebabkan bencana kebakaran yang menempatkan 38 mangsa daripada 12 keluarga.

Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula pula mendapati beberapa sungai mencatatkan paras bahaya antaranya Sungai Skudai, Johor Bahru; Sungai Johor, Johor Bahru; Sungai Johor, Kulai dan Sungai Endau Kluang di Johor.

Sungai Kedah, Kota Setar di Kedah; Sungai Kelantan, Gua Musang, Kelantan; Sungai Perak, Hulu Perak di Perak; Sungai Arau, Arau di Perlis; Batang Sadong, Serian di Sarawak dan sungai di Pahang iaitu Sungai Kuantan, Kuantan; Sungai Pahang Jerantut; Sungai Pahang di Pekan serta Maran dan Sungai Rompin, Rompin.

Laporan itu juga menyatakan terdapat 50 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.

Jalan terlibat antaranya Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor; Jalan Sungai Sok-Chucuh Puteri, Kuala Krai di Kelantan; Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli, Hulu Perak di Perak dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad