web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Orang Ramai Diminta Tangguh Perjalanan Ke Pusat Bandar Kota Tinggi Susulan Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 5:29PM

Keadaan pusat bandar Kota Tinggi apabila air dikatakan naik separas dada. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Orang ramai yang berhasrat ke pusat bandar di sini, diminta menangguhkan sementara perjalanan mereka ke kawasan tersebut susulan keadaan paras air banjir yang masih tinggi

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata beberapa jalan di pusat bandar seperti Jalan Tun Seri Lanang hingga ke kawasan jambatan, selain Jalan Abdullah dan Jalan Niaga Utama masih dinaiki air menyebabkan tidak dapat dilalui kenderaan kecuali bot penyelamat.

"Saya menyeru kepada penduduk yang terjejas dan orang ramai yang ingin memasuki bandar Kota Tinggi agar menangguhkan sementara pergerakan mereka ini hingga air surut atau keadaan kembali seperti sedia kala,' katanya kepada pemberita ketika operasi menyelamat di kawasan pusat bandar di sini hari ini.

Beliau berkata 112 orang awam yang terperangkap dalam banjir di kawasan pusat bandar berjaya diselamatkan sejak air naik mendadak bermula 9 malam hingga 4 pagi tadi.

Menurutnya operasi menyelamat kebanyakkan melibatkan mangsa banjir yang terperangkap dikawasan rumah dan premis perniagaan, namun masih ada antara mereka yang enggan berpindah.

"Ada segelintir daripada mereka fikir situasi banjir ini sekejap dan tidak berbahaya. Apabila air semakin naik, (barulah) mereka mohon pertolongan dan dengan sikap profesionalisme anggota agensi penyelamat kita, semua mangsa yang terperangkap berjaya dikeluarkan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara berhampiran," katanya.

Selain itu, Hussin berkata tiada laporan atau aduan mengenai kehilangan harta benda atau kecurian susulan banjir.

Mengenai jalan tutup pula, beliau berkata meskipun ada jalan utama ditutup untuk laluan, terdapat beberapa jalan alternatif yang boleh dilalui untuk ke Mersing dan ke Kota Tinggi.

"Ada jalan seperti di Johor Bahru-Kota Tinggi dan Kota Tinggi-Mersing melalui pintasan dan jalan Simpang Pasak ke lampu isyarat Bandar Penawar untuk ke Johor Bahru, tetapi ia mengambil masa yang agak panjang kerana pengalihan jalan," tambahnya.

Sementara itu, dalam sidang media yang sama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Mohd Shawaluddin Ami Nordin berkata pihaknya mengatur gerak tiga aset bot dan dua lori lima tan untuk operasi penyelamatan serta pemindahan mangsa banjir.

Beliau berkata antaranya operasi penyelamatan di kawasan kediaman di sekitar pusat bandar dan Kampung Tembioh berdekatan Kampung Makam di sini sejak awal pagi tadi.

“Bermula awal pagi tadi, kita sudah terima tujuh panggilan untuk operasi penyelamatan mangsa banjir di kawasan Bandar Kota Tinggi dan Kampung Tembioh. Situasi banjir hari ini, air masih berarus dan ramalan cuaca dikatakan pada sebelah petang akan hujan. Sebelum petang kita akan selesaikan operasi menyelamat.

"Pada sebelah malam dijangka berlaku air pasang dengan anggaran ketinggian 2.2 meter, jadi bersama pelbagai agensi lain kami sentiasa bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan. Koordinasi penyelamatan juga dibuat bersama Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar