web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Masjid Maqbul Gali Telaga Bantu Penduduk

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 5:06PM

Anak kariah Masjid Maqbul Teluk Kumbar di Pulau Pinang, Zubir Harun menunjukkan sumber air yang diperoleh dari telaga tiub (air boring) di pekarangan masjid itu, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 10 Jan di Pulau Pinang mendorong Masjid Maqbul di Teluk Kumbar, dekat sini mengambil inisiatif untuk menggali telaga tiub (air boring) bagi membantu penduduk di kawasan itu mendapatkan bekalan air

la juga bagi memastikan Masjid Maqbul sentiasa memiliki bekalan air mencukupi, termasuk ketika musim kemarau, sekali gus memastikan keselesaan jemaah.

Pengerusi Kariah Masjid Maqbul Datuk Prof. Emeritus Muhammad Idiris Saleh berkata idea untuk menghasilkan telaga air boring itu tercetus susulan gangguan bekalan air ketika paip bocor di Sungai Perai 18 Dis lepas yang menyebabkan kawasan itu tidak mendapat bekalan air hingga empat dan lima hari.

Katanya berikutan itu pihak masjid mengadakan perbincangan dan bersetuju untuk menggali telaga air boring dengan peruntukan RM32,000 hasil sumbangan ahli kariah, orang ramai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz serta Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

"Kawasan kejiranan di sekitar Teluk Kumbar ini jika berlaku gangguan air, apabila pulih, penduduk di sini paling lambat terima air kerana berada di penghujung saluran paip agihan.

"Jadi pihak masjid berpendapat adalah baik jika kita gali telaga air boring yang bukan sahaja boleh digunakan oleh jemaah di masjid malah insya-Allah turut boleh dimanfaatkan penduduk setempat ketika krisis air nanti," katanya kepada Bernama hari ini.

Muhammad Idiris berkata telaga air boring itu dilengkapi dengan sistem penapisan supaya ia menjadi air mineral, bukan setakat boleh digunakan untuk kegunaan mandi, ambil wuduk dan sebagainya sebaliknya turut boleh diminum.

Sebelum ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengumumkan kira-kira 590,000 pengguna termasuk bukan domestik akan mengalami gangguan air berjadual selama 96 jam bermula pukul 6 pagi pada 10 Jan hingga 6 pagi 14 Jan bagi membolehkan kerja penggantian dua unit injap di Loji Rawatan Air Sungai Dua serta kerja sampingan lain di 22 lokasi di seluruh Pulau Pinang. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 17 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad