web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Johor Menurun Sedikit - NADMA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 7:41PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Johor merekodkan sedikit penurunan dengan 1,428 orang yang masih berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 4 petang ini, berbanding 1,485 orang di 13 PPS tengah hari tadi.

Menurut laporan yang terkini dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), 12 PPS yang masih beroperasi itu terdiri daripada enam PPS di Kota Tinggi yang menempatkan 727 mangsa, tiga PPS di Johor Bahru (359 mangsa), dua PPS di Mersing (265 mangsa) dan sebuah PPS di Kluang (77 mangsa).

Berhubung kejadian kebakaran di Sarawak, laporan itu memaklumkan sejumlah 38 mangsa berlindung di sebuah PPS yang dibuka di Kuching, petang ini.

Sementara itu, sebanyak tiga sungai direkodkan berada di paras bahaya iaitu Sungai Endau Kluang, dengan paras 14.85 meter (m), Sungai Kedah Kota Setar, Kedah (1.71m) dan Sungai Arau, Perlis (23.73m).

NADMA turut memaklumkan sebanyak 20 jalan ditutup susulan bencana dan kerosakan antaranya Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu; Jalan Mersing-Endau di Mersing, Johor, Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi, Johor serta Jalan Sungai Sam Ke Dabong di Jeli, Kelantan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 18 jam yang lalu

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Semasa 2 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar