web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penghadang Konkrit Dipasang Di Projek Pembesaran Parit, Elak Nahas Berulang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2024 2:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA  - Kerja-kerja menambah baik laluan di kawasan projek pembesaran parit di Jalan Bukit Katil menghala persimpangan lampu isyarat Hospital Pantai Ayer
Keroh sudah dilakukan kontraktor bagi mengelak berulangnya kemalangan di situ.

Tinjauan Bernama mendapati pihak kontraktor telah mengambil tindakan segera termasuk meletakkan penghadang konkrit sepertimana dicadangkan oleh pihak Jabatan Kerja Raya dan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, semalam.

Berdasarkan pemerhatian, penghadang konkrit itu didapati diletakkan sepanjang hampir 50 meter jalan bagi menggantikan penghadang jenis kon yang digunakan sebelum ini untuk memastikan pengguna lebih selamat.

Selain itu, penggunaan kon turut ditambah bagi memastikan tiada kenderaan terutama motosikal memasuki kawasan pembinaan sebagai jalan pintas serta penjaga lalu lintas didapati turut bertugas di situ.

Semalam, seorang pemuda maut manakala dua lagi lelaki cedera selepas motosikal ditunggangi mereka terbabas ke dalam parit yang sedang dalam proses pembesaran berkenaan.

Seorang pengguna utama laluan berkenaan, Zambri Alias, 25, berkata setakat ini dia tidak mempunyai masalah sepanjang kerja-kerja pembaikan dilakukan sejak beberapa bulan lepas kerana mendapati aspek keselamatan sudah diambil kira oleh kontraktor.

"Selepas kontraktor gali lubang dan wujudkan lencongan, saya akui laluan menjadi agak berselekoh dan tajam. Pengguna perlu lebih berhati-hati tetapi ia perkara normal, saya rasa sebab kawasan ini berbukit.

"Sebagai penunggang motosikal, saya rasa lega apabila lihat pembahagi konkrit sudah diletakkan kerana ia lebih selamat, tak ada orang nak alih-alih nanti berbanding kon biasa," katanya yang menetap di Bukit Katil Damai.

Zakiah Muhamad, 27, pula berharap pihak kontraktor menambah lampu bagi meningkatkan pencahayaan di laluan itu terutama di kawasan lencongan.

"Mungkin boleh tambah lampu berkelip, walaupun jalan ini sudah ada lampu jalan bagi memastikan pengguna selamat terutama ketika hujan lebat," katanya yang menggunakan laluan itu untuk ke tempat kerja di Bukit Beruang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad