web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 160,000 Akaun Bank, Nombor Telefon 'Scammer' Tersenarai Dalam SemakMule JSJK

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 8:28PM

Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 160,095 akaun bank dan nombor telefon yang berkaitan dengan 'scammer' atau penipuan telah tersenarai dalam pangkalan data Sistem SemakMule Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Pengarah JSJK Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata sejak sistem berkenaan dibangunkan pada 2018, portal bertujuan membantu masyarakat menyemak nombor akaun dan nombor telefon yang diragui itu telah dilawati sebanyak 24 juta kali dengan jumlah carian mencecah 21 juta.

"Daripada jumlah carian itu, sejumlah 1.5 juta pengguna percaya carian telah memberikan jawapan positif dan JSJK percaya, maklum balas berkenaan telah membantu pengguna dan menyelamatkan wang mereka daripada dipindahkan ke akaun 'scammer'.

"Masyarakat dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan ini untuk mengelak kerugian wang ringgit mereka," katanya pada sidang media khas JSJK di sini hari ini.

Ramli berkata selain itu, portal SemakMule juga telah memenangi tempat kedua dalam Majlis Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam 2023 anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

"Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan kepada polis khususnya dari aspek penyampaian perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat," katanya.

SemakMule adalah platform untuk orang ramai membuat semakan akaun bank dan nombor telefon yang digunakan untuk kes-kes jenayah komersial. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad