web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Kembali Landa Johor, 4 Daerah Terjejas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Jan 2024 5:01PM

gambar JBPM Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Banjir kembali melanda Johor susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi, menyaksikan empat daerah terjejas setakat 2 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Azmi Rohani berkata, kesemua daerah itu adalah Kluang, Mersing, Johor Bahru dan Kota Tinggi dengan 330 orang daripada 70 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Beliau berkata, di Kluang 44 orang daripada 14 keluarga dari Kampung Contoh, Kahang ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Kluang, manakala PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu di Mersing masing-masing menempatkan 25 orang daripada enam keluarga serta 27 orang daripada lima keluarga.

"Di Johor Bahru, 234 orang daripada 45 keluarga dari Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat berlindung di PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya, manakala jumlah mangsa banjir yang berada di PPS Dewan Kampung Sungai Tiram sedang dikemas kini.

"Sebanyak dua PPS telah dibuka di Kota Tinggi iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina New Kota dan Dewan Pasak Indah, namun jumlah mangsa juga sedang dikemas kini," katanya.

Sementara itu, laluan di Felda Semenchu (Rumah Pam) dan Teluk Sengat di Kota Tinggi ditutup kepada semua kenderaan susulan air naik hingga 0.75 meter dan arus deras, manakala Jalan Kota Tinggi-Kluang (Batu 25), Jalan Lok Heng/Mawai/Sungai Mas (Sungai Semalok) dan Jalan Lukut Cina-Batu Ampat (Taman Aman) pula hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.

Di Mersing laluan ditutup melibatkan jalan Kampung Orang Asli Peta, Jalan Johor Bahru- Endau dan Jalan Batu Pahat-Jemaluang.

Sungai Kahang di Kampung Contoh pula sudah melepasi paras bahaya dengan bacaan 14.52 meter (m), manakala Sungai Siku di Kampung Murni Jaya, Kulai pada paras amaran dengan 18.89m. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 18 jam yang lalu

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Semasa 2 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar