web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Suami Isteri Diperintah Bela Diri Tuduhan Terima Deposit Haram RM364,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2024 1:18PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan sepasang suami isteri membela diri atas satu pertuduhan menerima deposit RM364,000 daripada orang awam tanpa lesen sah, sembilan tahun lalu.

Hakim, Mohd Kafli Che Ali memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), sebuah syarikat telekomunikasi, Ho Kok Keong, 62, dan suri rumah, Koh Orchid, 56, di akhir kes pendakwaan.

"Setelah mendengar keterangan lapan saksi pendakwaan serta hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dalam kes ini dan kedua-dua tertuduh dipanggil membela diri.

"Mereka mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu berdiam diri dan tidak menjawab pertuduhan, memberi keterangan secara tidak bersumpah dari kandang tertuduh tanpa disoal balas oleh pendakwaan atau memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi dengan pendakwaan diberikan peluang untuk mengemukakan soalan semasa pemeriksaan balas," katanya.

Peguam, Sean Dudley yang mewakili kedua-dua tertuduh berkata, anak guamnya akan memberi keterangan secara bersumpah dari tempat duduk saksi.

Mohd Kafli menetapkan prosiding membela diri selama dua hari pada 13 dan 14 Mac ini.

Pada 12 Ogos 2022, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas dakwaan menerima wang deposit berkenaan daripada seorang pengajar bidang teknologi maklumat berusia 49 tahun, secara berperingkat tanpa lesen sah antara 16 Dis 2015 dan 16 April 2016 di sebuah restoran di Sentul.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 137(1) 10 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 137(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh maksimum 10 tahun atau denda maksimum RM50 juta atau kedua- duanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

2

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

3

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

4

Semasa 4 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad