web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


OPV1 Perkuatkan APMM Jaga Perairan Negara - KDN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 12:33PM

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PELABUHAN KLANG - Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV1) mampu bertindak sebagai Mothership atau kapal induk bagi memperkuat kesiapsiagaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menjaga perairan negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi berkata kapal tersebut yang dibina menggunakan reka bentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7meter itu berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka panjang iaitu 21 hari tanpa ulang bekal.

"OPV1 ini juga didatangkan bersama Radar X dan S Band bagi memastikan rondaan mampu bergerak secara meluas selain boleh menempatkan 70 orang anak kapal dalam satu operasi. Kapal ini juga mampu mencapai kelajuan 21 knot serta mempunyai fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter dan bilik tahanan.

"Kapal ini turut berkemampuan menghadapi laut bergelora sehingga tahap Force tujuh selain melaksanakan tugas-tugas seperti bantuan kemanusiaan dan bencana selain bertindak sebagai kapal logistik, kapal Mothership, kapal pemerintah serta menjadi serta menjadi tempat penyimpanan peralatan pencemaran minyak," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan OPV1 antara TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kepada KDN di sini malam tadi.

Beliau berkata OPV1 juga dilengkapi dengan peralatan canggih seperti Unmanned Aerial Vehicle (UAV), Meriam 30mm Smash Aselsan, dua bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) dan Fast Interceptor Craft.

Ruji berkata penyerahan OPV1 ini adalah satu lagi detik bersejarah kepada kementerian itu kerana telah berjaya memastikan kapal peronda buatan tempatan tersebut siap dibina setelah beberapa kali tertangguh akibat penularan COVID-19.

"Diharapkan OPV1 mampu memperkasakan lagi pengoperasian APMM dalam menguatkuasakan undang-undang maritim seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) berada dalam keadaan selamat dan sejahtera," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad