web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Boleh Guna PADU Tanpa Was Was - Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 8:00PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tanpa ragu-ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, pembangunan sistem tersebut yang turut melibatkan beberapa entiti penting seperti Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), CyberSecurity Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) menunjukkan aspek keselamatan siber dititikberatkan.

"JPDP adalah jabatan yang sangat proaktif untuk pastikan cara simpanan data itu tertib dan ikut undang-undang, gerak kerja mereka sangat rapi.

"Saya rasa rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem PADU tanpa was-was, tanpa ragu-ragu dan tanpa sebarang rasa risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran PADU yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Fahmi berkata, PADU sebagai 'pengubah keadaan' akan menjadi satu anjakan budaya dan memudahkan kerajaan untuk merangka dasar dan gerak kerja bersesuaian terutamanya untuk membantu rakyat.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, PADU adalah suatu pangakalan data keterhadapan yang akan membantu kerajaan melakukan penjimatan dan memastikan rakyat yang berhak mendapat subsidi.

"Subsidi kita (Malaysia) tersasar suatu ketika dahulu dan harus kembali ke landasan bagi menentukan hanya yang berhak memperoleh subsidi," katanya.

Ahmad Zahid berkata, PADU harus dilaksanakan segera supaya penjimatan dapat dilakukan supaya lebih banyak program pembangunan dapat disalurkan melalui penjimatan itu.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, pelancaran PADU adalah detik bersejarah penting bagi negara ke arah pelaksanaan transformasi digital.

"Amat penting untuk kita pastikan semua dapat kerjasama untuk kemas kini maklumat terkini dalam sistem PADU. Bagi pihak kementerian, kita menyokong penuh inisiatif Kementerian Ekonomi ini," katanya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pula berkata, Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kini mempunyai  tanggungjawab lebih penting untuk memastikan rakyat di kawasan mereka mengemas kini data PADU.

"PADU merupakan satu kelebihan apabila ada satu pangkalan data, ia membolehkan bantuan dapat disalurkan dengan lebih baik.

"Ini perlukan usaha daripada barisan hadapan khususnya MP dan ADUN kena sama-sama membantu di kawasan masing-masing untuk kemas kini info dan maklumat orang ramai," katanya yang juga Ahli Parlimen Seremban dan ADUN Chennah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PADU Rekod Lebih 10 Juta Pendaftaran - Rafizi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Orang Ramai Ambil Peluang Hari Terakhir Daftar, Kemas Kini Maklumat PADU

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar