web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalan Gua Musang-Kuala Krai Dijangka Dibaik Pulih Bulan Ini – JKR

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2024 9:17AM

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Mohd Suhaili Ismail. - gambar JKR Kelantan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Jalan Gua Musang-Kuala Krai (FT08) yang mengalami kerosakan teruk akibat cuaca buruk sepanjang musim tengkujuh ini akan dibaik pulih dengan kadar segera pada bulan ini sekiranya tidak hujan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Mohd Suhaili Ismail berkata kerja-kerja tersebut termasuk membaiki permukaan jalan terutamanya di kawasan sekitar Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh dan lencongan berdekatan tapak pembinaan projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di jalan Persiaran Raya.

Menurutnya, hanya kaedah tampalan sementara dapat dilakukan pihak pasukan pembinaan pasukan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dan pasukan konsesi Roadcare (M) Sdn Bhd untuk membaik pulih jalan yang berlubang memandangkan cuaca yang tidak mengizinkan.

"Tindakan membaik pulih telah dilakukan, namun kerosakan masih berlaku disebabkan peningkatan trafik pada waktu cuti sekolah dan perayaan Krismas, selain hujan yang berterusan.

"Saya jangkakan kerja-kerja membaiki permukaan jalan (FT08) akan dapat dimulakan pada bulan ini dan kita berharap keadaan cuaca akan baik bagi memastikan kerja-kerja membaikpulih dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi taklimat bersama Unit Projek Khas ECER 1 JKR dan Roadcare (M) Sdn Bhd di sini semalam.

Terdahulu, tular di media sosial pengguna jalan utama Gua Musang-Kuala Krai terpaksa melalui laluan yang rosak dan berlubang hingga menyebabkan kerosakan rim serta tayar kenderaan.

Susulan itu, Mohd Suhaili berkata lebih 60 aduan diterima daripada pengguna jalan raya yang melalui jalan berkenaan terutama di kawasan sekitar RKT Paloh dan lencongan berdekatan tapak pembinaan LTU di jalan Persiaran Raya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berharap masalah pengguna jalan terbabit dapat diselesaikan apabila kerja-kerja membaiki permukaan jalan sudah dibuat.

"Saya percaya pihak JKR tidak berdiam diri dalam hal ini, bagaimanapun sebagaimana yang disampaikan tadi mereka juga berharap cuaca memihak kepada kita.

"Sekiranya hujan masih berterusan mereka tidak dapat melaksanakan kerja-kerja itu. Mengikut jangkaan daripada pihak JKR dalam bulan Jan ini mereka akan membaiki permukaan jalan bukan lagi tampalan sementara ataupun kekal di kawasan yang berisiko dan berlubang," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar