web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Dalam Proses Ambil Keterangan Penganjur Piket 'Kepung Demi Palestin'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2024 4:27PM

Sebahagian peserta yang menyertai piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin'. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis masih dalam proses mengambil keterangan penganjur piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin', bagi membantu siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, sebaik proses mengambil keterangan selesai, kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Piket yang diadakan selama enam hari itu keseluruhannya berlangsung secara terkawal dan penganjur memberikan kerjasama kepada polis," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, hari ini.

Sebelum ini, Allaudeen berkata, pihak polis bersimpati dan menyokong perjuangan rakyat Palestin, namun mereka bertanggungjawab untuk memastikan ketenteraman awam dan keselamatan perwakilan asing di negara ini.

Beliau berkata, piket 'Aksi Bertindak: Kepung Demi Palestin' itu, tertakluk kepada Akta Perhimpunan Aman 2012 dan menjadi tanggungjawab polis untuk memastikan keselamatan perhimpunan terbabit.

Piket itu adalah inisiatif warga Malaysia yang peduli dengan krisis di Gaza yang telah mengorbankan kira-kira 21,822 rakyat Palestin setakat 31 Disember lalu, selain sebagai tanda kecintaan kepada keamanan.

Solidariti berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat itu, sebagai simbolik pengepungan terhadap Gaza dan ia juga bagi menuntut supaya pembunuhan terhadap rakyat Palestin dihentikan, serta mendesak supaya gencatan senjata dilaksanakan segera.

Himpunan itu membabitkan sebanyak 48 badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada organisasi masyarakat, pertubuhan pemuda dan pelajar serta kelompok politik daripada pelbagai spektrum.

Antara NGO yang mengambil bahagian adalah Majlis Perundingan Islam Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Yayasan Al Quds Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Malaysian Women's Coalition for Al-Quds and Palestine. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Piket 'Kepung Demi Palestin' Bermula Malam Ini

3

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

Perarakan Himpunan Al-Quds Lambang Solidariti Sedunia

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 19 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar