web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perarakan Himpunan Al-Quds Lambang Solidariti Sedunia

Video & Galeri Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2023 9:33PM

Seorang gadis dilihat melakukan 'face painting' di wajah sambil memegang plakad tertulis Masa Depan Palestin. - Semua gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tanggal 14 April 2023, tepat jam 2 petang, lebih 100 individu yang berkumpul di hadapan Masjid Tabung Haji, kedengaran mula melaungkan takbir. Semuanya demi menyemarakkan lagi Perarakan Himpunan Solidariti Al-Quds Sedunia.

Doa turut dibaca sebelum mereka mula berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat dengan kawalan polis.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya rasional sambutan Hari Al-Quds Sedunia. Difahamkan ia berlangsung pada Jumaat minggu terakhir Ramadan setiap tahun dan mula diraikan di sebahagian besar negara Islam sejak awal 1980-an sebagai tanda solidariti.

Perarakan ini juga dianjurkan susulan kekejaman dan kebiadaban tentera pendudukan haram Israel yang menceroboh Masjid Al- Aqsa dan menyerang rakyat Palestin pada 5 April lalu.

Jurufoto Getaran, Abdul Razak Latif sempat merakam semangat solidariti sebahagian rakyat Malaysia ketika melangkah gagah sambil melaungkan takbir menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat. - Getaran, 15 April 2023

Perarakan Himpunan Solidariti Al-Quds Sedunia bermula dengan bacaan doa sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat
Perarakan Himpunan Solidariti Al-Quds Sedunia bermula dengan bacaan doa sebelum bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat
Gadis cilik ini dilihat ingin turut sama melontarkan semangat soladiritinya dengan menyertai Perarakan Himpunan Solidariti Al-Quds Sedunia
Gadis cilik ini dilihat ingin turut sama melontarkan semangat soladiritinya dengan menyertai Perarakan Himpunan Solidariti Al-Quds Sedunia
Ia turut diadakan susulan kebiadaban rejim zionis yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan menyerang rakyat Palestin baru-baru ini
Ia turut diadakan susulan kebiadaban rejim zionis yang menceroboh Masjid Al-Aqsa dan menyerang rakyat Palestin baru-baru ini
Kanak-kanak lelaki ini bersemangat mengibarkan bendera Palestin sambil berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat
Kanak-kanak lelaki ini bersemangat mengibarkan bendera Palestin sambil berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat
Himpunan solidariti ini disertai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Himpunan solidariti ini disertai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Lebih 100 individu yang berkumpul di hadapan Masjid Tabung Haji, kedengaran mula melaungkan takbir
Lebih 100 individu yang berkumpul di hadapan Masjid Tabung Haji, kedengaran mula melaungkan takbir
Perarakan ini adalah tanda solidariti umat Islam memperingati detik ‘hitam’ Palestin mula dijajah oleh pendatang haram Zionis dan menawan kota suci Al-Quds
Perarakan ini adalah tanda solidariti umat Islam memperingati detik ‘hitam’ Palestin mula dijajah oleh pendatang haram Zionis dan menawan kota suci Al-Quds
Perarakan Himpunan Solidariti Al-Quds Sedunia berlangsung dengan jayanya secara aman dan dengan kawalan polis
Perarakan Himpunan Solidariti Al-Quds Sedunia berlangsung dengan jayanya secara aman dan dengan kawalan polis

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Wanita Dicabul Ketika Dalam Perjalanan Pulang Dari Tempat Kerja 

oleh Sophia Ahmad