web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedatangan 2024 Diharap Beri Suasana Lebih Cerah, Positif Kepada Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2024 8:37AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengharapkan kedatangan Tahun Baharu 2024 akan memberi suatu suasana lebih cerah dan positif kepada rakyat dengan Kerajaan Perpaduan akan menumpukan usaha terhadap pembangunan ekonomi demi kesejahteraan mereka.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara ini akan terus menjadi tumpuan kerajaan bagi meredakan kesusahan rakyat daripada pelbagai aspek seperti inflasi, pengangguran dan kos sara hidup, selain menjamin perkhidmatan mutu pendidikan dan kesihatan.

Dalam hal itu, Anwar menggesa Jemaah Menteri, barisan pegawai kanan, agensi penguat kuasa, badan keselamatan, penjawat awam serta sektor swasta supaya meningkatkan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara yang hebat dan gagah di rantau ini.

"Kita melabuh tirai menutup tahun 2023, wajar saya mulakan dengan memberikan sedikit rumusan mengulangi apa yang telah disampaikan kepada umum bahawa kedudukan prestasi pertumbuhan ekonomi masih bertahan kepada empat peratus.

Ini antara terbaik, tetapi ada lagi nikmat dan kejayaan, umpamanya penurunan inflasi kurang daripada dua peratus, penurunan kadar pengangguran yang sangat rendah," katanya menerusi video yang dikongsikan di Facebook beliau malam ini.

Perdana Menteri berkata, tumpuan penuh terhadap usaha memacu pertumbuhan ekonomi perlu dilakukan dengan membetulkan tatakelola dalam kepimpinan serta pentadbiran awam.

Pada masa yang sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana berjaya melaksanakan tugas mereka dengan berkesan.

Sementara itu, Anwar berkata, bagi memastikan setiap dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, kaedah penyampaian perkhidmatan yang lama tidak boleh lagi diguna pakai, sebaliknya perlu diperbaiki dan ia termasuk mempercepatkan proses kelulusan setiap jabatan seolah-olah menghadapi isu keselamatan dan keadaan darurat.

Beliau berkata, hanya dengan cara ini, ekonomi boleh dipacu dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing.

Sementara itu, Anwar berkata, soal perpaduan dan keselamatan rakyat terus menjadi antara cabaran yang perlu diberikan keutamaan dengan memastikan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan melibatkan kedudukan agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Bumiputera serta Bahasa Melayu tidak diganggu.

"Semangat perpaduan untuk memeluk keseluruhan rakyat daripada pelbagai kaum dan agama, itu tugas hakiki yang tidak boleh disangkal ataupun diringankan. Kalau ini dapat kita capai, kita boleh beralih daripada permasalahan titik bengik yang tidak berkesudahan," katanya.

Sepanjang tahun ini, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan berjaya bekerja sebagai satu pasukan dan ia adalah berkat satu sistem politik yang stabil yang baru dicapai setelah negara dilanda suasana ketidaktentuan selama beberapa tahun. 

"Hasil pandangan dan nasihat dan pedoman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu khususnya keputusan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, kita telah dapat mengharungi dengan bergaya dan berjaya (menghadapi segala cabaran). 

"...dengan kekuatan dan kestabilan kita dapat bekerja sebagai satu pasukan dan menangani isu-isu yang asas untuk rakyat dan negara," kata Perdana Menteri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 2 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad