web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bomba Kelantan Tetap Pantau Kampung Meskipun Banjir Kian Surut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 8:32PM

Pemantauan terhadap kawasan terjejas banjir diteruskan walaupun air semakin surut. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan akan terus melakukan pemantauan di kawasan yang masih dinaiki air, meskipun banjir kian surut dan semakin ramai dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dari pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengarahnya Zainal Madasin berkata ia bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin dan antara kampung terbabit termasuk Teluk Jering, Kubang Sawa dan Bendang Pak Yong di sini.

Beliau berkata ada penduduk yang tidak berpindah ke PPS dan ada yang pulang daripada pusat itu mendapati keadaan rumah mereka belum boleh didiami disebabkan air masih bertakung dan rumah berselut.

“Daripada pemantauan yang dilakukan kita menasihatkan penduduk agar lebih berhati-hati kerana keadaan air yang bertakung mengundang bahaya kepada orang ramai kerana dibimbangi terdapat objek tajam ataupun binatang berbisa.

“Selain itu, ibu bapa juga jangan membiarkan anak-anak kecil bermain di kawasan longkang kerana kita percaya di kawasan tersebut arusnya deras dan boleh menghanyutkan anak-anak kecil,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan di Kampung Teluk Jering, di sini hari ini.

Terdahulu Zainal bersama Pengerusi Yayasan Raja Shamri (YRS) Raja Shamri Raja Hussin menyampaikan sumbangan makanan kering dan barangan keperluan kepada 50 keluarga di Kampung Teluk Jering, Kubang Sawa dan Bendang Pak Yong yang masih ditenggelami air.

Perjalanan dari Kampung Teluk Jering ke kampung-kampung lain mengambil masa lebih 30 minit dengan menaiki bot kerana terdapat kawasan digenangi air antara satu hingga dua meter serta berarus deras.

Sementara itu, Raja Shamri berkata sumbangan itu bagi membantu penduduk yang kebanyakannya pesawah dan buruh yang bergaji hari.

Beliau berkata pendapatan penduduk di sekitar Tumpat terjejas kerana hampir sebulan mereka tidak dapat bekerja disebabkan banjir.

“Dengan sedikit sumbangan yang diberikan ini diharap dapat mengurangkan beban keluarga mereka yang ada sesetengahnya mengalami kerosakan harta benda.

“Kita akan teruskan program sumbangan ini ke kawasan lain yang turut terjejas dengan sokongan dan kolaborasi bersama agensi kerajaan yang lain,” katanya yang sudah menyantuni lebih 2,000 mangsa banjir di seluruh Kelantan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad