web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majlis Selawat Miliki Unsur 'Menyimpang', Netizen Desak Pihak Berkuasa Segera Bertindak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 10:13AM

Tangkap layar video majlis 'selawat' yang dipercayai mengandungi elemen mencurigakan, termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa agama Islam, khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diminta memantau fahaman zikir melampaui batas, yang dikesan sudah mula menular di negara ini.

Pempengaruh, Zac Zakirin menerusi bebenang di X berkata, amalan terbabit dipercayai dibawa masuk sekumpulan jemaah dari seberang.

Menurut beliau, budaya atau fahaman berkenaan perlu dibanteras kerana bersifat ekstrem dan bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Dah masuk Malaysia dah budaya ni. Selamatkan anak cucu kalian untuk bezakan amalan sunnah dan budaya. Jangan biarkan budaya yang seakan dianggap beragama ini meresap ke anak cucu kita,” katanya.

Zac Zakirin turut memuat naik video yang dikatakan dirakam di Indonesia, memaparkan kegiatan hampir sama.

“Amalan apa ni sebegini? Bercampur aduk lelaki dan perempuan, bergoyang-goyang. Tak tahan, berjubah, berserban, bertudung labuh semua pukul rata.

“Semoga JAIS lebih tegas membanteras amalan-amalan sebegini dari masuk Malaysia dan buat pemantauan untuk video pertama,” katanya.

Tegas beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar perlu bertindak segera untuk menangani perkara ini.

“Tolong pantau amalan-amalan sebegini. Check sama ada bercanggah dengan sunnah atau tidak.

“Kita taknak extremis agama yang melampau-lampau dalam bab ‘beribadah’ ni masuk ke Malaysia. Hari ni dekat kawasan rumah, hari-hari esok boleh jadi ke kuburan pula,” katanya.

Tinjauan Getaran mendapati, kegiatan hampir sama turut dilaporkan berlaku di Taman Putra Perdana, Puchong.

Perkara tersebut didedahkan Azli Othman yang menggunakan handle @azli_o.

“Yang ni di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. Dah ditegur di FB (Facebook) masjid, tapi pihak masjid pun masih taknak turunkan video. Video penuh lebih setengah jam,” katanya yang turut memuat naik rakaman video terbabit.

Seorang lagi netizen dikenali sebagai Fyda berkata, majoriti ahli kumpulan berkenaan berasal dari Indonesia.

Most of them from Indo tho, ada persatuan dekat Malaysia,” katanya. - Getaran, 31 Disember 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Syahdu Di Bukit Bintang, Gema Selawat Damaikan Jiwa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Program Selawat Perlu Diteruskan Ke Seluruh Negara - Anwar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Majlis Agama Perlu Terus Menyinari Malaysia Demi Meningkatkan Ilmu Ummah – PM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Meski Hujan Lebat, Ribuan Umat Islam ‘Setia’ Berselawat Bersama PM

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad