Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 4 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Banjir: Mangsa Berkurangan Kepada 10,000 Setakat Malam Tadi - NADMA

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2023 8:57AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di empat negeri berkurangan sedikit kepada 10,000 orang di 37 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 10,895 orang di 41 PPS petang semalam. 

Berdasarkan laporan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 9,667 orang di 27 PPS berbanding 10,354 orang di 29 PPS pada sebelah petang. 

Menurut laporan itu, 27 PPS dibuka di empat daerah di Kelantan merangkumi 12 di Pasir Mas yang menempatkan 6,347 orang daripada 1,894 keluarga, 10 di Tumpat (2,842 orang daripada 987 keluarga), dua di Jeli (411 orang daripada 103 keluarga) dan tiga di Kuala Krai (67 orang daripada 16 keluarga).

Di Terengganu, jumlah mangsa turut berkurangan kepada 148 orang daripada 44 keluarga yang berlindung di tiga PPS berbanding 354 orang daripada 97 keluarga di lima PPS di daerah Dungun dan Kuala Terengganu petang semalam.

Jumlah mangsa banjir di Johor malam ini kekal 54 orang daripada 14 keluarga yang ditempatkan di dua PPS di daerah Segamat. 

Di Pahang, mangsa banjir di lima PPS merangkumi daerah Bera, Maran dan Temerloh turut mencatatkan penurunan kepada 131 orang daripada 36 keluarga berbanding 133 orang daripada 37 keluarga petang semalam. 

Laporan itu turut memaklumkan jumlah mangsa bagi insiden tanah runtuh di Cameron Highlands kekal 87 orang daripada 17 keluarga yang masih berlindung di sebuah PPS yang dibuka di daerah itu.

Tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai di Kelantan iaitu Sungai Golok di Pasir Mas, Sungai Golok di Tanah Merah dan Sungai Kelantan di Kota Bharu berada pada paras bahaya setakat 8 malam tadi.

Turut berdepan situasi sama ialah Sungai Buloh, Sungai Klang, Sungai Selangor, Sungai Perak dan Sungai Arau.

Laporan itu juga menyebut terdapat 44 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak/runtuh dan tanah runtuh.

Antara yang terlibat ialah Jalan Jabi-Bukit Tempurung, Segamat di Johor, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjong (Kelantan), Jalan Marang-Wakaf Tapai (Terengganu) dan Jalan Kuala Lumpur-Bentong (Jalan Lama Bentong) di Pahang serta Jalan Bukit Jugra di Selangor.  - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 3 minggu yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Terus Meningkat

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘MIC Tak Pernah Boikot PRK KKB, Dakwaan Ada Konflik Tak Benar’ - Thinalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Hilang Di Sungai, 2 Lelaki Ditemukan Lemas

Politik 12 jam yang lalu

Sudah Dilarang, Tapi Masjid Masih Dijadikan Pentas Berpolitik

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Premis Hiburan Terbakar Dilempar Bom Petrol

oleh Wartawan Getaran