web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita, Pelajar Berputih Mata Ditipu Scammer

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 3:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Wang persaraan seorang wanita lesap apabila dia kerugian RM57,300 selepas diperdaya oleh sindiket Love Scam.

Kejadian bermula apabila wanita berumur 55 tahun itu berkenalan dengan seorang individu yang mengaku tinggal di luar negara melalui media sosial, dan seterusnya menjalinkan hubungan cinta sejak awal tahun ini.

Ketua Polis daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner (ACP) Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa terpedaya dengan janji manis suspek yang mahu menghantar sebuah hadiah istimewa kononnya sebagai tanda cinta.

“Bagaimanapun, mangsa dihubungi individu lain yang mengaku dari pihak kurier dan memaklumkan hadiah itu terpaksa ditahan di lapangan terbang oleh pihak kastam, kerana mengandungi mata wang asing, iaitu AS$ dalam jumlah yang besar.

“Wanita itu kemudian diminta untuk membuat bayaran bagi melepaskan hadiah tersebut dari pihak kastam,” katanya hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa yang teruja untuk menerima hadiah tersebut kemudiannya membuat 10 transaksi ke dalam dua akaun bank diberi secara berperingkat berjumlah RM 57,300.

“Mangsa hanya sedar ditipu apabila individu tersebut masih meminta untuk mangsa membuat bayaran dan berdepan tindakan pihak berkuasa sekiranya tidak berbuat demikian," katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit yang tidak tahan diugut kemudiannya mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, semalam.

Sementara itu, dalam kes berasingan, seorang pelajar Tingkatan Lima kerugian RM15,300 selepas diperdaya oleh sindiket penipuan penjualan telefon pintar jenama IPhone di Instagram.

Noorzainy berkata, kejadian bermula apabila pelajar lelaki itu terlihat iklan jualan IPhone murah dari Singapura di laman sosial itu dan berminat untuk membeli Iphone X baharu yang dijual pada harga RM300.

“Mangsa diminta untuk membuat bayaran ke dalam akaun bank diberi dan dijanjikan akan menerima telefon tersebut dalam masa terdekat.

“Pada masa yang sama, mangsa dihubungi oleh dua individu lain yang mengaku dari pihak Warranty Apple dan pihak kastam dari Singapura. 

“Dua individu ini meminta mangsa untuk buat beberapa bayaran dan berjanji wang mangsa akan dipulangkan semasa mangsa menerima produk yang dibeli itu,” katanya.

Terpedaya dengan janji itu, mangsa membuat bayaran ke tiga akaun bank yang berbeza secara berperingkat berjumlah RM15,000, kerana percaya ia akan dipulangkan semula.

“Mangsa hanya sedar ditipu apabila individu tersebut masih meminta mangsa untuk membayar RM15,000 lagi kepada mereka bagi mencukupkan nilai RM30,000 bagi proses kiriman Iphone, dengan jaminan semua wang itu jumlah akan dipulangkan semula kepada mangsa," katanya.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Getaran, 30 Mei 2021
 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad