web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pak Cik Liwat Anak Saudara Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 5:09PM

Seorang pembantu restoran (kanan) dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, setelah didapati bersalah meliwat anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun, di sebuah rumah di Banting, Selangor, tiga tahun lalu. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Seorang pembantu restoran dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah meliwat anak saudara perempuannya berusia tujuh tahun, di sebuah rumah di Banting, Selangor,  tiga tahun lalu.

Hakim Syafeera Mohd Said memerintahkan tertuduh yang berusia 20 tahun itu, dipenjara dari tarikh jatuh hukum hari ini, selain mengenakan perintah kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan serta  pengawasan polis selama dua tahun selepas tamat tempoh hukuman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii iaitu meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di sebuah rumah di Banting, dekat sini pada 11.30 malam, 27 Mac 2020.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun dan hendaklah juga dihukum dengan sebatan.

Terdahulu, peguam Muhammad Syawal Mohd Razak yang mewakili tertuduh merayu supaya anak guamnya dikenakan bon berkelakuan baik dengan alasan lelaki itu masih muda.

Selain itu, tertuduh juga katanya, tiada rekod lampau dan dia adalah anak bongsu daripada 11 beradik yang telah hilang tempat bergantung selepas menjadi yatim piatu sejak berusia tujuh tahun.

Timbalan Pendakwa, Raya Nur Ayuni Jamri bagaimanapun menegaskan perlakuan tertuduh yang meliwat mangsa menunjukkan bahawa dirinya tiada sifat ihsan dan belas kasihan terhadap kanak-kanak.

"Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengambil kira kekerapan kes-kes jenayah berbentuk seksual terhadap kanak-kanak yang semakin meningkat dan berleluasa, terutama sekali di Selangor. Hukuman berat dan berbentuk pengajaran perlu dikenakan kepada tertuduh supaya insaf dan tidak sesekali mengulangi kesalahan jijik dan hina seperti ini," katanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan bermula 3 April lalu, seramai enam saksi masing-masing dikemukakan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Di mahkamah sama, seorang pembantu gerai mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap rakan perempuannya berusia 17 tahun di sebuah pangsapuri di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada 1 tengah hari, 29 Oktober lalu.

Ahmad Iszhar Hardy, 20, didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dihukum dengan hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan, selain tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Syafeera menetapkan 2 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad