web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Yang Hilang Selepas Terjatuh Ke Dalam Sungai Ditemukan Lemas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 12:42PM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pencarian kanak-kanak yang hilang selepas tergelincir ketika bermain air di Sungai Tok Hakim di Kampung Tok Hakim dekat sini, berakhir apabila mayatnya ditemukan kira-kira pukul 11 pagi ini, sekitar 30 meter dari tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mayat Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan, 11, ditemukan oleh pasukan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada kedalaman kira-kira 1.5 meter.

Beliau berkata, susulan penemuan itu operasi yang bermula 5 petang semalam ditamatkan pada jam 12 tengah hari.

"Mayat ditemukan dalam keadaan tertiarap di dasar sungai. Kita hadapi kesukaran untuk menemukan mayat itu disebabkan faktor cuaca dan keadaan dasar sungai yang penuh dengan pokok-pokok liar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Tok Hakim di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.46 petang semalam, Muhammad Harraz Ilman dilaporkan hilang selepas tergelincir ketika bermain air bersama adik lelakinya, Muhammad Firas Wafiy, 9, dan seorang lagi rakannya di Sungai Tok Hakim, Kampung Tok Hakim.

Seramai 72 anggota daripada pelbagai agensi termasuk unit K9 JBPM terlibat dalam operasi berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad