Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Masjid, Surau Diminta Adakan Solat Hajat Doakan Keselamatan Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 12:31PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Masjid dan surau di seluruh negara dimohon mengadakan solat hajat mendoakan keselamatan dan kesejahteraan negara serta seluruh mangsa banjir, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Beliau berkata, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat bersimpati dan sedih akan musibah yang menimpa mangsa banjir di beberapa negeri yang terkesan sejak beberapa hari lalu.

“Semoga seluruh mangsa diberikan ketabahan dengan dugaan yang dihadapi ketika ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Na’im berkata, beliau juga sudah mengarahkan agensi-agensi dan seluruh jentera JPM (Hal Ehwal Agama) untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan turun membantu mangsa-mangsa banjir menerusi tabung bantuan sedia ada.

Beliau sendiri bersama agensi-agensi di JPM (Hal Ehwal Agama) hari ini akan meninjau dan berusaha membantu mangsa banjir yang terkesan di negeri-negeri terjejas. 

“Hari ini saya akan tiba di Kuala Lumpur setelah selesai urusan lawatan ke Dayah Madani, Acheh, Indonesia bagi memperkukuh kerjasama antara dua negara, terutama melibatkan umat Islam dua negara serumpun. 

“Lawatan ini telah saya singkatkan, berikutan kejadian banjir yang menimpa rakyat Malaysia,” katanya.

Hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga akan ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi banjir yang melanda negeri itu ketika ini.

Sementara itu, Mohd Na’im turut merakamkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan terutama Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan seluruh agensi yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir.

Jumlah mangsa banjir di lima negeri terjejas banjir iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah mencatatkan peningkatan kepada 28,032 orang pagi ini berbanding 25,763 orang malam tadi, yang ditempatkan di 137 pusat pemindahan sementara (PPS).

Laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang yang ditempatkan di 68 PPS di lima daerah, meningkat berbanding 19,423 orang pada 8 malam tadi. 

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail dalam kenyataan hari ini menyarankan perkara yang sama.

Beliau berkata, semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran menganjurkan solat hajat selepas Maghrib malam ini dan selepas solat Jumaat esok bagi memohon perlindungan Allah SWT, serta kesejahteraan rakyat yang terjejas bencana banjir.

Katanya, masjid dan surau Jumaat di Wilayah Persekutuan juga akan digerakkan bagi melancarkan kutipan khas Jumaat, serta menghulurkan bantuan dan keperluan bersesuaian melalui pasukan bantuan agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk disampaikan kepada golongan yang terkesan.

“Kami mendoakan agar dikurniakan keselamatan dan kemudahan kepada semua pasukan penyelamat, serta ketabahan buat semua saudara kami yang diuji dengan musibah,” menurut kenyataan itu. -  BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

2

Video & Galeri 4 minggu yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

3

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Tiada Benda Lain Ke Nak Buat Main Tu, Tau Tak Bahaya

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Semua Pihak Harus Sokong Titah Sultan Pahang, Jaga Kesucian Masjid - Mufti 

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Harap Kerajaan Laksana Cukai Mudarat, Boleh Guna Bangunkan Komuniti Bukan Islam - Edmund

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Buru 2 Suspek Kes Tembak Di Pasir Mas

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Tahan 4 Lelaki, Rampas 22,000 Karton Minuman Keras

Politik 13 jam yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

oleh Sophia Ahmad