web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Lelaki Tular Buat Aksi 'Superman' Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2023 8:16AM

Tangkap layar seorang daripada suspek yang melakukan aksi 'Superman' di LPT 1 Ahad lalu - gambar TikTok

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tiga pelajar institusi pengajian tinggi dan seorang pelajar sekolah yang disyaki menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di Jambatan Ahmad Shah Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1) ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata pihaknya telah mengesan pemilik motosikal berkenaan dan melakukan tangkapan ke atas kesemua suspek lelaki berusia antara 15 dan 22 tahun itu di rumah masing-masing di sekitar Temerloh dan Maran. 

"Kesemua suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha YI5ZR turut mengalami beberapa kecederaan antaranya di bahagian tangan dan kaki," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Temerloh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan.

Mazlan berkata pihaknya masih memburu seorang lagi suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi polis di talian 09-2716222.

Sebelum ini tular video berdurasi 28 saat mempamerkan aksi berbahaya sekumpulan penunggang motosikal melakukan gaya "Superman" sehingga menyebabkan berlaku kemalangan di LPT1. 

Kejadian itu berlaku pada Ahad lepas dan dirakam sendiri oleh salah seorang penunggang motosikal berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Digesa Tahan Ketua Pemuda UMNO Bagi Hentikan 'Kempen' Hasutan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pegawai Kanan Polis Disyaki Lindungi Kegiatan Haram Dicekup

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Politik 11 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad