web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalan Ditenggelami Air, 400 Penduduk Terputus Hubungan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2023 9:22PM

Penduduk kampung yang terputus hubungan terpaksa menggunakan sampan untuk menyeberangi air banjir di Jalan Kampung Pemberian susulan limpahan air Sungai Lebir - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KRAI - Kira-kira 400 penduduk Kampung Pemberian di sini terputus hubungan dengan pusat bandar berikutan jalan sepanjang 100 meter di penempatan itu ditenggelami air akibat banjir sejak Isnin lepas.

Hal itu menyukarkan kehidupan harian penduduk malah ada yang terpaksa bergantung harap kepada bantuan jiran yang mempunyai bot atau menempuh perjalanan sejauh 30 kilometer (km) dengan mengambil masa 45 minit melalui laluan alternatif untuk merentasi Sungai Lebir ke pusat bandar.

Penduduk kampung yang juga petugas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kampung Pemberian Che Rasidi Mustapha, 54, berkata keadaan itu menyukarkan penduduk terutamanya warga emas yang perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Rata-rata penduduk kampung ini ramai orang tua yang ada penyakit. Susah sebenarnya nak bawa mereka keluar naik bot sebab nanti sudah seberang perlu cari jalan pula macam mana hendak bawa mereka ke hospital, kami cuma boleh harapkan ambulans tunggu di seberang," katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini. 

Sementara itu, seorang penduduk Adnan Daud, 54, berkata paras air sungai naik dengan begitu pantas dalam tiga jam menyebabkan beliau serta keluarga terpaksa berpindah ke PPS berkenaan pada 8 malam, Isnin.

"Orang kampung bantu selamatkan kami enam sekeluarga keluar naik perahu dalam gelap. Saya ketakutan sebab ada penyakit lelah dan sakit jantung, takut jadi apa-apa.

"Sekarang di PPS, saya tidak boleh pergi jumpa doktor kalau saya sakit. Penyakit lelah ini tidak tentu, malam-malam bila sejuk pun boleh terjadi," katanya yang menghidap kedua-dua penyakit itu sejak 2011.

Dalam pada itu seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Asri berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan kerja naik taraf di jalan yang ditenggelami air itu bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

"Kalau berlaku banjir, jalan itu pasti dinaiki air sebab ada lembah yang rendah sedikit. Dalam juga sehinggakan trak besar hendak lalu pun tidak lepas.

"Saya harap mereka yang berkenaan boleh memberikan perhatian kepada masalah kami di sini kerana bukan sahaja kami terpaksa jalan jauh ikut jalan belakang yang gelap untuk keluar, ia sukarkan urusan kami setiap kali berlaku banjir," katanya.

Setakat 4 petang tadi, 25 PPS di Kuala Krai menempatkan 1,896 mangsa banjir daripada 515 keluarga. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 23 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar