web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 8 Tahun Diliwat, Buruh Pakistan Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 2:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PERAI - Selepas tiga hari menyimpan rahsia, seorang kanak-kanak lelaki akhirnya mengadu dia diliwat seorang lelaki warga Pakistan Khamis lalu.

Bapanya yang berumur 36 tahun itu terkejut apabila dimaklumkan anaknya yang berumur lapan tahun pada jam 10 malam tadi ketika sedang berehat di kediaman mereka di Perai Jaya, di sini. 

Ketua Polis daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner (ACP) Shafee Abd Samad berkata, kanak-kanak itu menceritakan dia tiba-tiba didukung oleh suspek ketika sedang bermain di taman permainan kawasan perumahannya seorang diri pada jam 2 petang.

“Suspek yang berumur 20 tahun itu telah mendukung dan membawa kanak-kanak itu ke rumahnya di Flat D2, yang terletak berhampiran blok kediaman mangsa.

“Mangsa menyatakan suspek telah melondehkan seluarnya dan memasukkan kemaluannya ke dalam dubur mangsa sebanyak dua kali, serta mencium mulut mangsa secara paksa,” katanya.

Shafee berkata, selepas kejadian itu, mangsa yang juga anak bongsu daripada dua beradik itu diugut supaya tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa.

Beliau berkata, siasatan mendapati kejadian tersebut berlaku di ruang tamu rumah suspek, dan tiada saksi yang melihat kanak-kanak itu dibawa ke kediaman suspek.

“Sepanjang kejadian mangsa telah menjerit meminta tolong namun tiada sesiapa yang berada berhampiran kawasan rumah suspek,” katanya.

Shafee berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh binaan itu telah ditahan polis pada jam 12.30 pagi tadi di kediamannya, dengan dipandu arah oleh mangsa sendiri.

“Kanak-kanak Tahun Dua itu telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi pemeriksaan lanjut, manakala suspek direman sehingga 5 Jun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan” katanya. - Getaran, 30 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad