web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GRS Fokus Bangunkan Ekonomi Untuk Rakyat, Bukan Kerajaan ‘Tebuk Atap’ – Masidi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 5:05PM

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PENAMPANG - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kini fokus kepada usaha memulih serta membangunkan ekonomi untuk rakyat dan bukan menggantikan Kerajaan Perpaduan sedia ada melalui cara menukar sokongan atau ‘tebuk atap’, kata Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata pendirian parti itu jelas menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan usaha pembangunan ekonomi untuk rakyat dapat diteruskan serta berjalan lancar.

Menteri Kewangan Sabah itu berkata GRS juga menyokong kepimpinan Anwar untuk meneruskan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan menerajui kerajaan masa ini sehingga penggal pentadbiran Kerajaan Perpaduan itu selesai.

“Bagi GRS, tumpuan kita kepada pemulihan ekonomi kerana rakyat kita terjejas dengan ekonomi tidak menentu masa ini, jadi kita tumpu kepada (usaha) bangunkan ekonomi kembali untuk rakyat kita dan tumpukan semua usaha kita ke arah ini.

“Kita juga rasa selesa dengan Kerajaan Perpaduan ini kerana kita dihargai. Dalam sebuah kerajaan setiap ahli hendaklah dilihat penting jadi kita lihat dan rasa GRS ini komponen penting dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui ketika menghadiri Rumah Terbuka Krismas dan Tahun Baharu 2024 anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Pada Sabtu lepas, Anwar dilaporkan menzahirkan keyakinannya bahawa percubaan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan menerusi usaha menukar sokongan atau ‘tebuk atap’ tidak akan berlaku berikutan sokongan padu yang diberikan Sarawak.

Beliau berkata dalam situasi politik semasa, pendirian Sarawak melalui Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu agak kritikal kerana hanya dengan kenyataan dan dukungan parti utama di Sarawak iaitu GPS dan di Sabah iaitu GRS yang akan memungkinkan perubahan kerajaan berlaku.

Masidi berkata parti politik seharusnya memberi keutamaan kepada usaha membantu rakyat melalui pemulihan serta pembangunan ekonomi dan melupakan perkara remeh dalam politik untuk bersama-sama melaksanakan usaha tersebut.

Ditanya tentang kerjasama antara PBS dan STAR, beliau berkata dua parti komponen GRS itu memainkan peranan penting dalam usaha mengukuhkan GRS sendiri, selain langkah yang betul menyatukan rakyat di Sabah.

Selain PBS dan STAR, parti komponen GRS terdiri daripada Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP). - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad