web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Terus Perjuang Nasib Rakyat Palestin Walaupun Dunia Masih Bersikap Dwistandard

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2023 2:44PM

Jenayah yang dilakukan rejim Israel sekarang adalah kemuncak kekejaman dan dasar aparteid paling dahsyat terhadap rakyat Palestin - gambar Reuters

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia menyuarakan kekesalan dengan sikap dwistandard oleh sesetengah pihak dalam menangani nasib rakyat Palestin kerana sikap hipokrit dan dwistandard itu bukan sahaja menjejaskan prinsip asas undang-undang antarabangsa tetapi turut menyumbang kepada keganasan dan kekejaman.

“Sungguh tidak dapat difahami apabila sesetengah pihak terus bercakap mengenai hak asasi manusia, keadilan dan keamanan, namun menutup mata terhadap kekejaman yang berterusan ini,” kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin ketika menyampaikan kenyataan negara pada Persidangan Peringkat Tinggi Isu Palestin di Tehran, menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) pada Ahad.

Persidangan yang berlangsung dari 22 Disember hingga esok itu bertujuan membincangkan cabaran dan strategi penyelesaian jangka masa panjang terhadap konflik berterusan di Gaza serta meneroka mekanisme berkesan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Anjuran Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi, persidangan itu dihadiri beberapa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara bukan anggota OIC.

Mohamad berkata jenayah yang dilakukan rejim Israel sekarang adalah kemuncak kekejaman dan dasar aparteid paling dahsyat rejim itu terhadap rakyat Palestin.

"Kita menyaksikan setiap hari, apa yang mungkin dikaitkan sebagai jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.

“Oleh itu, kita mesti menghantar mesej solidariti yang kuat kepada mangsa kekejaman Israel bahawa kemanusiaan akan ditegakkan dan keadilan akan diperjuangkan,” katanya.

Timbalan menteri itu juga berkata Malaysia menyambut baik penerimaan resolusi 'Memantau dan Meningkatkan Bantuan ke Gaza’ oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 22 Disember.

“Resolusi itu dilihat sebagai harapan, menyatukan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan pertumpahan darah yang tidak masuk akal dan menyokong kemanusiaan,” katanya.

Bagaimanapun, Malaysia menegaskan masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan PBB tidak boleh mengecewakan rakyat Palestin sekali lagi.

“Malaysia kekal teguh mendukung objektif utama, termasuk gencatan senjata segera, meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, menghentikan aktiviti penempatan Israel, menyiasat pelanggaran undang-undang antarabangsa, menyokong Penyelesaian Dua Negara dan memerangi Islamophobia,” kata Mohamad.

Malaysia menegaskan keperluan menangani krisis kemanusiaan secara kolektif, menekankan bahawa serangan ke atas orang awam di Gaza merupakan jenayah perang dan Israel mesti bertanggungjawab atas tindakannya dan pendudukan di wilayah Palestin.

“Malaysia tetap teguh dengan keyakinan tidak berbelah bahagi bahawa keadilan mesti ditegakkan untuk rakyat Palestin,” katanya.

Beliau juga berkata bagi memastikan hak pendidikan rakyat Palestin, sebanyak AS$3.87 juta (RM18.02 juta) telah diluluskan di bawah Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi membiayai yuran pendidikan dan bantuan kewangan bulanan kepada pelajar Palestin di Malaysia untuk tempoh setahun.

Kerajaan Malaysia pula akan menanggung yuran universiti berjumlah AS$1.13 juta (RM5.26 juta)

Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu melaporkan bahawa angka korban akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas, meningkat kepada 20,258 orang dengan 53,688 lagi cedera. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad