web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Sekat Kapal Israel Ke Malaysia Tidak Jejas Hubungan Dengan Negara Lain – Mohamad

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 3:12PM

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Keputusan kerajaan tidak membenarkan kapal yang menggunakan bendera Israel daripada memasuki negara ini tidak menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara lain, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata keputusan itu jelas menunjukkan pendirian tegas negara berhubung konflik Palestin-Israel.

“Kita tidak mengatakan kita tidak menghargai hubungan kita dengan negara-negara yang lain tetapi (larangan itu adalah) disebabkan oleh ketetapan pendirian Malaysia berkenaan dengan keadaan di Gaza dan di Timur Tengah pada ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengimbas kad perakam waktu di lobi Wisma Putra di sini hari ini sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi di kementerian itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu memaklumkan kerajaan telah memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel memasuki negara ini berkuat kuasa serta-merta selain melarang mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan turut memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan dalam negara berkuat kuasa serta-merta.

Sementara itu, Mohamad berkata selaku Menteri Luar, beliau akan memastikan Malaysia terus tegas memainkan peranannya dalam memperjuangkan isu Palestin di peringkat antarabangsa.

“Pendirian Malaysia telah pun dinyatakan begitu tegas sekali dan itulah pendirian tetap yang akan terus diguna pakai oleh Malaysia, jadi tidak timbul soal saya datang di Wisma Putra ini akan ada perubahan pendirian negara,” katanya.

Beliau juga akan memainkan peranan membawa mesej-mesej Malaysia ke luar negara dalam misi untuk terus mempromosikan keberadaan negara ini kepada masyarakat antarabangsa terutamanya dengan dasar-dasar baharu diperkenalkan Kerajaan Perpaduan.

“(Saya) tidak beralih daripada fokus dan tunjang hubungan luar negara sejak daripada dulu tapi menambah nilai apa yang perlu ditambah nilai dan perlu diperkasakan oleh Kementerian Luar untuk menerangkan konsep kerajaan MADANI dan juga berkenaan keutamaan negara ketika ini dengan tidak mengetepikan keutamaan untuk kita terus mengekalkan hubungan baik sama ada di peringkat negara serantau atau antarabangsa.

Mohamad berkata tugas berat menanti semua warga Wisma Putra bagi mengekalkan keseimbangan yang telah sedia terbina antara Malaysia dan masyarakat antarabangsa.

“Kita cuba mencari cara yang terbaik untuk mengekalkan prinsip Malaysia untuk terus menjadi negara yang berkecuali, negara yang bersahabat, negara yang mahukan perdamaian, negara yang mahu melihat hubungan antara negara menjadi lebih akrab dan mempertingkatkan hubungan sedia ada,” katanya.

Terdahulu, Mohamad tiba di Wisma Putra pada pukul 10 pagi diiringi Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Amran Mohamed Zin.

Beliau yang sebelum ini Menteri Pertahanan, menggantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir selaku Menteri Luar susulan rombakan Kabinet pada 12 Dis lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad