web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


GLIC, GLC Harus Gembleng Tenaga Sokong Aspirasi Negara Memperkasakan Rakyat - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2023 12:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu menggembleng tenaga untuk menyokong aspirasi negara menjadi destinasi pelaburan dan hab ekonomi Islam bertaraf dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata GLIC dan GLC juga harus melonjakkan pelaburan dalam sektor digital dan tenaga boleh baharu, serta menggalakkan sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melebarkan pasaran ke negara serantau seperti yang ditetapkan dalam aspirasi negara.

“Semalam saya telah mempengerusikan mesyuarat dengan ketua-ketua pegawai eksekutif GLIC. Perbincangan ini adalah mukadimah kepada reformasi GLIC dan GLC agar mereka lebih tertumpu kepada pembangunan serta kesejahteraan rakyat seperti yang digariskan dalam kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat.

“Saya menerima baik cadangan ketua-ketua pegawai eksekutif GLIC untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kemajuan ekonomi tempatan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, pada Jumaat.

Beliau berkata antara cadangan yang telah dikemukakan adalah menambah baik perbelanjaan daripada kutipan zakat korporat, menjalinkan usaha sama dengan sektor swasta bagi membangunkan penginapan pelajar serta menggembleng lebih dana untuk pelaburan dalam syarikat tidak tersenarai bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau turut memberi mandat kepada GLIC untuk meningkatkan pelaburan langsung domestik masing-masing kerana GLIC mempunyai tanggungjawab untuk bersama-sama dengan kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat terbanyak, katanya.

Anwar berkata dengan jumlah saiz aset di bawah pengurusan bernilai RM1.84 trilion, iaitu hampir sama dengan saiz Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nominal Malaysia pada tahun ini, GLIC berupaya menggerakkan dan melonjakkan ekonomi Malaysia ke depan.

“Bagi memastikan misi-misi ini tercapai, kerajaan akan terus mengadakan mesyuarat berkala yang akan dipengerusikan oleh saya atau Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk memantau pencapaian dan kemajuan inisiatif yang diterajui oleh GLIC.

“Insya Allah, dengan pendekatan ini, Malaysia akan melangkah lebih cepat ke arah kemajuan yang mampan dan saksama,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad