web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Harimau Ditangkap Dengan Tembakan Pelali

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 12:03PM

Harimau belang yang berjaya ditangkap awal pagi ini. - gambar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Harimau belang yang dilaporkan berkeliaran di sekitar kawasan Kampung Orang Asli Tonggang sehingga Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini sejak minggu lepas, berjaya ditangkap awal pagi ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak Yusoff Shariff berkata harimau berusia dalam lingkungan empat tahun dan berat sekitar 90 kilogram (kg) itu ditangkap selepas ditembak peluru pelali.

“Perhilitan cuba menghalau harimau berkenaan namun gagal. Sehubungan itu, keputusan diambil untuk menembak pelali, dan harimau tersebut berjaya ditangkap sekitar 4.30 pagi, kira-kira 500 meter dari jarak perangkap dipasang.

“Kita percaya harimau ini adalah haiwan sama dalam video yang tular beberapa hari lepas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusoff berkata harimau berkenaan akan dihantar ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Pada 14 Dis lepas, tular video yang dirakam sekumpulan Orang Asli memaparkan kelibat harimau belang berkeliaran di kawasan Kem PGA Ulu Kinta menghala ke laluan perkampungan Orang Asli Tonggang.

Sehari selepas itu, dilaporkan kelibat haiwan itu dilihat beberapa penduduk Rancangan Perumahan Awam 2 (RPA 2) berhampiran Kem PGA, berlegar-legar di kawasan penempatan mereka.

Selain itu, Yusoff berkata Perhilitan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan penduduk sekitar dalam memastikan kejayaan operasi berkenaan.

“Walaupun saya akui mereka cemas, namun kesemuanya memberikan kerjasama baik terutama dalam mengikut arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak  Perhilitan,” katanya.

Sementara itu, penduduk RPA2 Rozaime Che Embi, 37, melahirkan rasa syukur kerana tangkapan yang dilakukan dapat menghilangkan ketakutan masyarakat setempat.

“Ini kali pertama dalam hidup harimau masuk ke kampung kami. Ia kenangan yang tak akan dilupakan sampai bila-bila. Terima kasih juga kepada Perhilitan kerana komited untuk memastikan operasi tangakapan itu berjaya,” katanya sambil berharap Perhilitan akan terus memantau kawasan berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad