web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Pesisir Pantai Terengganu Diminta Siap Sedia Hadapi Banjir Gelombang Ketiga

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 9:41AM

Seorang nelayan membaiki pukat di Kampung Telaga Papan, Setiu, Terengganu. Ketika ini ramai nelayan tidak lagi turun ke laut susulan keadaan cuaca semakin buruk. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Penduduk di kawasan pesisir pantai di Terengganu diingatkan supaya berwaspada dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga antara 22 hingga 26 Dis ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata amaran itu susulan fenomena ribut tropika Jelawat dari Filipina yang dijangka turut memberi kesan kepada negeri berkenaan.

"Berikutan daripada ribut tropika Jelawat dari Filipina...kalau kesannya agak serius, kita akan hadapi hujan yang agak berat.

"Kalau betul sebagaimana ramalan, kita bukan sahaja akan ada hujan, tetapi angin yang agak kuat. Jadi saya nasihatkan penduduk di kawasan pesisir pantai dari Besut ke Kemaman supaya bersedia," katanya ketika menghadiri majlis penyampaian pakej prihatin oleh PETRONAS kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Tengku Farok Hussin yang juga Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), kerajaan negeri juga telah bersedia sepenuhnya menghadapi kemungkinan banjir gelombang ketiga.

"Untuk Monsun Timur Laut (MTL) ini kita memang sentiasa siap sedia. Kalau ikut ramalan (ribut tropika Jelawat) bukan sahaja di Pantai Timur tapi seluruh Malaysia," katanya.

Terengganu dilanda banjir gelombang pertama pada 20 Nov hingga 1 Dis lepas disusuli dengan gelombang kedua pada 14 Dis sehingga semalam.

Dalam tempoh itu, hampir 8,000 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu, Kemaman, Dungun, Setiu dan Besut. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar