web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Total Lockdown Sudah Terlewat, Perlu Tangani Segera Kluster Tempat Kerja

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2021 8:33AM

Amalkan SOP yang ditetapkan dalam usaha melandaikan kes jangkitan COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa untuk menyediakan perancangan khusus bagi menangani kes jangkitan COVID-19, khususnya kluster tempat kerja yang dilihat berada pada tahap membimbangkan.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, keputusan kerajaan untuk melaksanakan penutupan penuh atau ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi dianggap gagal, kerana mengambil masa yang agak lama.

Katanya, ini termasuk langkah untuk mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat, sebelum itu.

“Baru-baru ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham ada mengumumkan kluster tempat kerja antara penyumbang utama  kes jangkitan COVID-19,  selain kluster perayaan dan rentas negeri. Justeru, kerajaan seharusnya sudah membuat persediaan awal bagi menangani virus ini daripada terus merebak.

“Jika kerajaan mengambil langkah awal dengan mengetatkan SOP di tempat kerja seperti mewajibkan setiap pekerja menggunakan pelitup muka dua lapis, atau menyarankan pemakaian pelindung muka, kemungkinan jangkitan COVID-19 melibatkan pekerja dapat dikurangkan, memandangkan laporan  sains yang terbaru menunjukan varian baharu virus ini boleh merebak atau berjangkit dalam bentuk udara,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Tambahnya lagi, keputusan kerajaan untuk melaksanakan ‘lockdown’ sepatutnya dilaksanakan lebih awal iaitu sebelum Ramadan, bukan sebaliknya.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown di seluruh negara selama 14 hari bermula 1 Jun ini. 

Dalam perkembangan lain, Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki turut menggesa kerajaan agar mengumumkan pakej bantuan khas termasuk moratorium pinjaman bank kepada rakyat bagi meringankan beban mereka, yang sememangnya sudah sedia bertambah sejak penularan COVID-19.
 
Asyraf Wajdi menarik perhatian, banyak sektor ekonomi diyakini terjejas sepanjang penutupan selama dua minggu itu.

“Juga perlu dipertimbang untuk dilaksanakan adalah i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan arahan khas menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat bagi mengarahkan institusi bank dan kewangan memberikan Moratorium 2.0 selama 3-6 bulan tanpa caj tambahan,” katanya.

Pada 11 Mei lalu, Bank Negara dilaporkan berkata, moratorium pinjaman menyeluruh mungkin bukan penyelesaian terbaik bagi peminjam, sebaliknya mereka harus berunding dengan pihak bank untuk membantu melunaskan tanggungjawab pembayaran.

Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata semua bank  mempunyai pelan bantuan pembayaran termasuk moratorium pinjaman bersasar, dan ia dapat ditawarkan kepada peminjam yang kehilangan pekerjaan atau pendapatan terjejas.

Peminjam juga katanya, boleh menggunakan pelbagai saluran yang disediakan termasuk Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lalu berkata kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan lain. - Getaran, 30 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pelatih Industri UPM Maut Akibat Lemas, Kes Diklasifikasi Mati Mengejut - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar