web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cadangan Pilihan Raya PBT Akan Dibincang Bersama KPKT - Dr Zaliha

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2023 3:22PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berhubung cadangan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya di ibu negara.

Dr Zaliha berkata, beliau mengambil maklum cadangan berkenaan dan tidak menolak mengenai kepentingannya sepertimana dikemukakan oleh sesetengah pihak, namun perkara itu perlu diperhalusi secara mendalam.

“Bagaimanapun kalau kita tengok sebenarnya ia (PBT) di bawah (bidang kuasa) KPKT, dan saya tidak menolak akan kepentingannya, jadi apa pun nanti saya juga akan berbincang dengan menteri KPKT (Nga Kor Ming) untuk memastikan bagaimana perkara ini dapat dilihat dan ditinjau lebih teliti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Sambutan Selamat Datang dan Sesi Taklimat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Menara DBKL 1 di sini, hari ini.

Media sebelum ini, melaporkan Pengerusi DAP Kuala Lumpur Tan Kok Wai menggesa kerajaan memulakan pilihan raya PBT di ibu negara terlebih dahulu bagi menyemarakkan demokrasi di Wilayah Persekutuan.

Tan berkata, pengenalan pilihan raya PBT di Kuala Lumpur bertujuan untuk kelestarian dan memberi pilihan kepada penduduknya memilih ahli majlis tempatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Beri Tempoh 2 Tahun Kepada Pengusaha Perkhemahan Patuhi Garis Panduan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Sasar Siapkan 20 Projek Terbengkalai Tahun Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Terus Gempur Bilik Sewa 'Sarang Burung'

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad