web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPKT Sasar Siapkan 20 Projek Terbengkalai Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Nov 2023 3:28PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sebanyak 20 projek perumahan terbengkalai dapat diselesaikan tahun depan.

Timbalan Menterinya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 16 projek terbengkalai dikenal pasti di Terengganu, Kelantan, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan yang melibatkan 2,047 pembeli terjejas.

"Kalau tahun ini lapan projek terbengkalai (disiapkan), sasaran tahun depan adalah sebanyak 20 (projek terbengkalai disiapkan),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemulihan Projek Perumahan Swasta Terbengkalai 2023 di sini, hari ini.

Seminar sehari itu disertai lebih 200 wakil agensi terdiri daripada pemaju perumahan, kontraktor penyelamat serta pelikuidasi untuk meneroka usaha pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai.

Akmal Nasrullah berkata, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, terdapat 68 projek lewat, 476 projek sakit serta 111 projek telah disahkan terbengkalai.

Beliau berkata, semua projek lewat, sakit dan terbengkalai membawa Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM79.03 bilion.

“Setakat tarikh tersebut, sebanyak 301 projek atau 38,752 unit rumah dengan nilai GDV sebanyak RM28.88 bilion berjaya dipulihkan. Jumlah ini turut meliputi pemulihan lapan projek perumahan swasta terbengkalai yang membawa nilai GDV sebanyak RM574.08 juta sejak penubuhan pasukan TFST.

“Secara kumulatif sehingga tarikh tersebut, KPKT telah berjaya memulihkan sebanyak 266 projek perumahan swasta terbengkalai melibatkan sebanyak 67,773 unit rumah serta 46,229 pembeli,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cadangan Pilihan Raya PBT Akan Dibincang Bersama KPKT - Dr Zaliha

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Beri Tempoh 2 Tahun Kepada Pengusaha Perkhemahan Patuhi Garis Panduan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPKT Terus Gempur Bilik Sewa 'Sarang Burung'

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Perumahan Berdaya Huni Atasi Tekanan Mental Anak-Anak PPR

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran