web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPKT Beri Tempoh 2 Tahun Kepada Pengusaha Perkhemahan Patuhi Garis Panduan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2023 3:23PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memberi tempoh sekurang-kurangnya dua tahun kepada pengusaha tapak perkhemahan dalam negara supaya mematuhi Garis Panduan Perancangan (GPP) Tapak Perkhemahan yang dikeluarkan, bermula hari ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, garis panduan berkenaan yang berkuat kuasa bulan ini bertujuan menjadi panduan pengurusan dan pengoperasian tapak perkhemahan untuk pihak pengusaha dan operator tapak perkhemahan serta orang awam.

"Kita buat garis panduan ini bukan untuk menghukum sesiapa, ia dibuat untuk membantu pengusaha tapak perkhemahan kerana kita juga menerima maklum balas daripada mereka yang tidak tahu bagaimana nak mengikuti garis panduan.

"Penyediaan GPP ini ekoran kejadian tanah runtuh yang melibatkan sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali, Selangor pada 16 Disember tahun lalu yang mengorbankan 31 nyawa," katanya pada sidang media selepas melancarkan GPP Tapak Perkhemahan di Taman D.R Seenivasagam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nga berkata, enam prinsip garis panduan perancangan tapak perkhemahan meliputi keselamatan, keselesaan, kemampanan, kesinambungan sosial, kemakmuran ekonomi dan kepatuhan perundangan.

Nga berkata, semua enam prinsip garis panduan itu perlu dipatuhi supaya pengunjung yang pergi ke tempat perkhemahan akan berasa terjamin dari segi keselamatan dan keselesaan seperti tempat perkhemahan dengan kawasan air terjun perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 10 meter.

Katanya, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) mengambil masa empat bulan untuk menyiapkan GPP itu melalui pelbagai siri libat urus dan sesi perkongsian input kepakaran dengan pelbagai agensi.

Beliau berkata, antara yang terlibat adalah pihak dari Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Kerja Raya termasuk pihak berkuasa tempatan dan 150 pengusaha tapak perkhemahan dari seluruh negara.

Menurutnya, terdapat beberapa perkara mengenai GPP yang perlu diperkemaskan oleh KPKT antaranya keperluan penilaian sebelum pembangunan dan pengoperasian tapak perkhemahan dijalankan serta keperluan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Dalam kejadian tanah runtuh pada pukul 2.30 pagi di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali 16 Disember tahun lalu, 61 terselamat, manakala 31 lagi terkorban selepas runtuhan tanah itu menimbus kawasan perkhemahan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mayat Mangsa Tanah Runtuh Cameron Highlands Berjaya Dikeluarkan

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Di Kampung Seberang Janggut, Penduduk Terputus Hubungan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad