web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Dakwa Pegawai Kanan Bukti Ketelusan Polis - KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 8:18AM

Peguam Bela Datuk Wan Azmir Wan Majid, mendengar penerangan Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, yang merupakan bapa kepada pelajar Mohammad Zaharif Affendi yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, di kediaman keluarganya di Taman Chepor Sentosa Chemor, Jumaat lalu. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa pegawai kanan polis yang dipercayai terlibat dalam kes kemalangan maut seorang pelajar tingkatan lima di Meru Jumaat lepas di bawah kesalahan membunuh membuktikan ketelusan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husin berkata tindakan mendakwa pegawai berpangkat DSP itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan di Mahkamah Majistret Ipoh esok diputuskan Jabatan Peguam Negara berdasarkan bukti dan keterangan yang diperoleh hasil siasatan menyeluruh oleh pegawai penyiasat.

“Keputusan ini memperlihatkan ketelusan polis dalam melakukan siasatan terhadap sebarang kes jenayah termasuk melibatkan pegawai kanan polis. Siasatan kes ini dikendalikan oleh Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah Ipoh bersama pasukan siasatan dengan baik dan berkredibiliti.

"Saya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota atau pegawai yang melakukan jenayah, saya akan pastikan siasatan yang telus dan adil dijalankan bagi menjaga nama baik pasukan ini," katanya kepada Bernama malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Jabatan Peguam Negara malam ini yang memaklumkan akan mendakwa suspek yang dipercayai terlibat dengan kes membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Razarudin berkata pegawai itu akan ditahan kerja sebaik sahaja didakwa di mahkamah esok.

Pada masa sama, beliau mahu setiap pegawai dan anggota polis mengambil iktibar serta pengajaran daripada kes tersebut.

Beliau berkata setiap anggota pasukan keselamatan itu perlu sentiasa menjaga nama baik pasukan dan tidak berselindung di sebalik pakaian seragam polis apabila melakukan jenayah.

Pada 15 Dis lepas, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.

Kemalangan pada kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan Muhammad Zaharif Affendi, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.

Susulan itu, pegawai kanan polis berkenaan ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Anggota Pukul Pemandu OKU Kena Tindakan Tatatertib Kerana Tidak Isytihar Harta – ΚΡΝ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pembunuhan Nur Farah: Siasatan Dibuat Dengan Adil, Telus – KPN

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad