web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembunuhan Nur Farah: Siasatan Dibuat Dengan Adil, Telus – KPN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2024 8:40PM

- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, akan dijalankan secara telus dan adil.

Memberi jaminan itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek tidak terkecuali daripada undang-undang jika terbukti bersalah walaupun dia seorang anggota polis.

Tegasnya, pendirian PDRM dalam hal ini adalah jelas iaitu pangkat atau kedudukan tidak memberi makna dalam undang-undang negara.

"Anggota polis yang melakukan jenayah akan menghadapi keadilan atas perbuatannya. 

“Jangan harap kami akan melindungi perbuatannya," katanya seperti dilaporkan The New Straits Times hari ini.

Razarudin memberi ingatan, anggota polis telah bersumpah untuk berkhidmat kepada orang awam dan menguatkuasakan undang-undang.

"Ingatlah sumpah ini dan ketahuilah bahawa tingkah laku anda mewakili seluruh pasukan polis.

"Kami tidak akan membenarkan 'nila setitik' menjejaskan imej polis," tegasnya.

Media sebelum ini melaporkan, suspek yang ditahan kerana terbabit dalam pembunuhan gadis malang itu ialah seorang anggota polis. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, siasatan awal mengesahkan suspek seorang anggota polis yang ditempatkan di Perak.

Dia kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan pembunuhan mangsa yang mayatnya ditemui di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

Perintah tahanan reman ke atas suspek berumur 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Baru, Nurul Mardhiah Mohammed Redza bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selepas seminggu dilaporkan hilang, mayat Nur Farah akhirnya ditemui di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Getaran sebelum ini menyiarkan rayuan rakan mangsa, yang memohon bantuan orang ramai mengesan gadis tersebut.

Menerusi ciapan di X, rakannya yang menggunakan akaun @puterizaira dia memberitahu, Nur Farah yang berasal dari Miri, Sarawak hilang sejak 10 Julai selepas menyerahkan kereta sewa kepada pelanggan, pada jam 8 pagi, hari yang sama. 

Katanya, Nur Farah atau Faa lazimnya akan ke pejabat sebaik sahaja urusan penyerahan kereta sewa kepada pelanggan selesai dilakukan.

“My dear Faa. Di manapun Faa sekarang, semoga Faa dalam keadaan selamat. 

“Ya Allah, semoga Farah Kartini dijumpai dengan selamat. Mohon RT,” ciapnya.

Bagaimanapun seorang daripada netizen yang membalas ciapan tersebut mendakwa, mangsa kali akhir dilihat menaiki sebuah teksi sapu berwarna merah.

Che Din yang menggunakan akaun @asyrifdin berkata, kejadian itu sempat dilihat saksi iaitu pelanggan kereta sewa yang dihantar Nur Farah. 

“Dia (Nur Farah) balik tu dengan kereta prebet (teksi sapu) juga, customer yang jdi saksi tu cakap dia naik kereta merah.

“No plat tak dapat detect apa sebab customer kata masa tu hujan, then ada jugak org cuba trace ikut nombor phone smpai trace last dekat Pahang, tapi polis kata benda tu tak valid,” katanya. – Getaran, 16 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Anggota Pukul Pemandu OKU Kena Tindakan Tatatertib Kerana Tidak Isytihar Harta – ΚΡΝ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Jumpa Beg Tangan Wanita Dipercayai Milik Nur Farah Kartini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PDRM Gerak Unit Skuba Forensik, K9 Cari Telefon Pintar, Rantai Nur Farah Kartini

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad