web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zaharif Sedang Bersiap Untuk Solat Jumaat Sebelum Dilanggar - Abang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 6:09PM

Mimi Julia Ismail menunjukkan gambar anaknya yang tersimpan dalam telefon bimbit - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pelajar berusia 17 tahun, Mohammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, yang maut akibat dilanggar sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, di sini semalam dalam persiapan ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Abang mangsa, Zarul Fitri Muhd Zamrie, 29, berkata menjadi rutin adik bongsunya itu berkumpul bersama rakan-rakannya setiap Jumaat dengan motosikal masing-masing setelah habis waktu sekolah di hadapan masjid berhampiran sementara menunggu waktu solat Jumaat.

“Semalam mungkin hari terakhir sekolah, mereka teruja jumpa kawan-kawan dan raikan dengan cara mereka sendiri berborak sambil berkumpul di hadapan masjid sebelum menunaikan solat Jumaat,” katanya ketika ditemui media di kediamannya hari ini.

Semalam, Mohammad Zaharif Affendi yang menunggang motosikal dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan pulang dari sekolahnya di SMK Jati dalam kejadian kira-kira 12.40 tengah hari dan kejadian itu tular di media sosial.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga pegawai kanan polis ditahan dan direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Sementara itu, ibu mangsa, Mimi Julia Ismail, 50, berkata Allahyarham anaknya seorang yang sangat baik dan jarang menolak jika ada individu meminta tolong.

“Arwah dikurniakan kebolehan membaiki motosikal, malah sering membantu rakan-rakannya membaiki motosikal di rumah ini. Arwah memang berimpian mahu membuka bengkel perusahaan membaiki motosikal suatu hari nanti,” katanya sebak.

Mimi Julia, yang mengusahakan kedai makan Restoran Mimiz berhampiran sekolah anaknya itu sejak sembilan tahun lepas, berkata anak bongsu dari empat beradik itu sejak seminggu lepas bertukar tabiat apabila gemar makan di waktu tengah malam.

Menurutnya dia ada menegur Mohammad Zaharif Affendi yang berat badannya semakin bertambah kerana makan malam dan menasihati anaknya itu kerana tabiat tersebut tidak sihat untuk kesihatan.

“Dia habiskan susu saya dalam peti sejuk, dia makan mi segera tengah malam, mulanya saya tak perasan tapi bila dia dah tak ada rupanya itu adalah petanda dia nak pergi,” katanya. 

Menceritakan detik ketika mengetahui tentang kematian anaknya, Mimi Julia berkata dia mengetahuinya daripada pelanggan yang makan di kedainya dan kejadian itu dilihatnya sendiri kerana kedai makan itu hanya 100 meter dari tempat kejadian.

“Saya tahu anak saya terlibat, tetapi saya tak sampai hati untuk lihat dia bergelut dengan ajalnya, jadi saya tidak pergi ke tempat kejadian itu, malah ke rumah mayat hospital juga saya tidak sanggup pergi,” katanya.

Dalam pada itu, kakak Allahyarham, Nur Zawanie Muhd Zamrie, 28, yang juga seorang jururawat berkata dia yang hendak untuk ke tempat kerja berkejar dari kedai makan ibunya setelah mengetahui kemalangan itu melibatkan adiknya. 

“Ketika saya pangku dia masih bernyawa, tetapi lemah. Dia hanya berkata sakit dada dan matanya tak nampak sebelum tidak sedarkan diri, saya cuba bagi bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu ambulans tiba tetapi dia tidak dapat diselamatkan,” katanya.

Nur Zawanie berkata dia sekeluarga memohon agar siasatan dilakukan dengan telus walaupun kejadian itu melibatkan pegawai atasan polis. 

“Biarpun adik buat salah, tetapi dia remaja mungkin dia tidak matang, tetapi bukan kuasa dia (pelaku) untuk ambil nyawa adik saya sebegitu, saya mahu keadilan untuk adik saya ditegakkan,” katanya yang turut bercadang melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar