web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Di Selangor, Kelantan, Terengganu Terus Meningkat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2023 8:17AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Terengganu dan Selangor meningkat malam tadi, susulan hujan lebat berterusan.

Di KELANTAN, seramai 933 mangsa banjir daripada 249 keluarga berada di 16 PPS setakat 8.26 malam tadi, dengan 10 daripada pusat itu dibuka di Kuala Krai dan enam di Tanah Merah.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Kuala Krai mangsa ditempatkan di Pusat Komuniti Chuchuh Puteri A, Madrasah Chuchuh Puteri A, Masjid Chuchuh Puteri A, Pejabat Veterinar, Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang dan Madrasah Kampung Sepuluh.

Selain itu, mangsa ditempatkan di SK Banggol Guchil, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai, SK Sungai Embak dan SK Kampung Bedal, manakala PPS di Tanah Merah meliputi antaranya SK Kelewek, Balai Raya Padang Kijang, Madrasah Wak Seman Kampung Air Batu, SK Alor Pasir dan SK Bukit Bunga.

Di TERENGGANU, seramai 240 orang daripada 65 keluarga ditempatkan di empat PPS di daerah Hulu Terengganu, setakat 8 malam tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT), PPS Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Kampung Gunung Menerong, menempatkan 124 mangsa daripada 29 keluarga, PPS Kampung Lubuk Periok (32 mangsa, 10 keluarga), PPS Kampung Peneh (52 mangsa, 16 keluarga) dan PPS Kampung Kemat (32 mangsa, 10 keluarga).

Sementara itu menurut https://publicinfobanjir.water.gov.my paras air sungai di empat stesen utama di Terengganu, sudah mencapai tahap bahaya.

Ini termasuk stesen Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut; Sungai Besut di Kampung Langkap, Setiu; Sungai Berang di Kampung Menerong dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu.

Di SELANGOR, 105 mangsa daripada 34 keluarga berlindung di dua PPS setakat 9 malam tadi, meningkat berbanding 99 mangsa daripada 33 keluarga petang semalam.

Menurut laman sesawang Info Bencana JKM, kesemua mangsa berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Jaya Setia dan Balai Raya Kampung Parit Mahang di daerah Kuala Selangor, yang mula dibuka semalam.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan sungai di kawasan RS Batu 8, Kuala Langat berada dalam keadaan amaran dengan bacaan 1.73 meter (m) setakat 8.15 malam tadi, manakala Sungai Bernam di Jambatan SKC dan Kampung Sungai Selisik, Hulu Selangor pula diletakkan dalam keadaan waspada dengan masing-masing mencatatkan bacaan 18.35m dan 26.3m. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 minit yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad