web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Individu Sebar Mesej Palsu Kononnya Subsidi Diesel Dihapuskan Dikenal Pasti – Fahmi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 6:19PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ketika mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet. - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah mengenal pasti kira-kira 10 individu yang menyebarkan mesej palsu kononnya subsidi diesel akan dihapuskan bagi penggunaan kenderaan bermula 1 Jan depan.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata maklumat mengenai kesemua individu yang dikenal pasti itu akan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan dan tindakan susulan.

“MCMC dah kenal pasti lapan hingga 10 penyebar dan kita akan serah kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Laporan polis juga telah dibuat berkenaan sebaran fitnah itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sebelum ini, wujud beberapa hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial berkaitan “subsidi diesel dihapuskan bagi kenderaan diesel bermula 1 Januari 2024”.

Susulan itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semalam menafikan dakwaan di media sosial, yang kononnya subsidi diesel akan dihapuskan bagi penggunaan kenderaan bermula 1 Jan depan.

KPDN dalam kenyataan menegaskan dakwaan itu tidak benar dan sebaliknya kementerian itu sedang  melaksanakan projek rintis bagi melihat keberkesanan sistem “fleet card” dan Sistem MySubsidi Diesel, melibatkan enam syarikat yang menerima kuota bagi tangki gelongsor, yang akan tamat tempoh pada 14 Januari 2024.

Menurut kenyataan itu lagi, projek rintis berkenaan sama sekali tidak melibatkan pengguna kenderaan diesel individu.

Fahmi meminta kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang mesej dan kandungan palsu yang dipaparkan media sosial di talian 016-2206262 untuk membolehkan tindakan sewajarnya diambil. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 52 minit yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar